Tuesday 3 December 2013

Musim Tengkujuh

Assalamualaikum...
 
Masuk sahaja bulan December, hujan mula turun tanpa henti sepanjang hari. Aku insan paling gembira kerana malamku akan menjadi malam terindahku disebabkan hujan dan suasana mula bertukar menjadi sejuk diseluruh bilikku dan juga sekitarnya. Tidurku menjadi lena sampai ke subuh. Indah betul suasana musim tengkujuh bagi diriku.
 
Namun dengan musim tengkujuh akan berlaku banjir tanpa dipinta. Jika hujan ini berterusan tanpa henti mungkin office tempat kerja aku akan dilanda banjir. (menurut ramalan bosku)
 
Menurut ramalanku, akan terjadi cuti banjir dalam sejarah hidup aku. Dan aku akan lepak dalam bilik sepanjang cuti terjadi. haha
 
Semua itu hanya ramalan sahaja sebab sekarang ini aku masih bekerja dengan gigihnya.
 
Buat mangsa banjir di sekitar Mersing terutamanya Kampung Air Merah bersabarlah atas ujian ini kerana akan ada sinar pelangi yang Allah berikan buat hamba-NYA yang bersabar atas setiap ujian yang diberi.
 
p/s : my baby red kena rehat sepanjang musim tengkujuh No Race No Rempit!hakhak
 
 
 


Thursday 21 November 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Assalamualikum...
"Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini...Lalu aku mula berfikir, aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik Sang Pencipta ini."
(Catatan dalam buka nota Ammar)
 


p/s : menitis air mata aku bila tengok video ini...Allahuakbar

Al-Fatihah buat arwah Ahmad Ammar

Monday 11 November 2013

Hidup di dunia gambaran kita di akhirat

Assalamualaikum...
 
Korang pernah dengar tak cara hidup di dunia mengambarkan cara hidup kita di akhirat nanti?! Ye aku sendiri pernah dengar jika tak salah aku lah.
 
Bila dengar aku tengok sahaja cermin bilik, aku sudah  tergambar diriku di akhirat jika diri aku masih tidak berubah lebih baik. Sebabnya, aku lihat diri aku masih belum ada persiapan yang terakhir yang perlu aku bawa di akhirat jika di dunia aku masih banyak lalai. 
 
Bila melakukan dosa pada Allah hati masih belum tergerak untuk bertaubat sebab aku fikir esok-esok masih panjang. Pasti ada ruang untuk aku bertaubat bila sudah tiba masanya. Tapi kalau esok nyawa aku di dunia sudah tiada lagi dan malaikat maut datang menjalankan tugasnya dan juga dengan izin-Nya aku pergi buat selamanya bukan tandanya ruang taubatku tidak diterima lagi.

Allahuakbar...

Jika di dunia lagi aku banyak ketawa dengan hal-hal dunia di akhirat sudah tentu aku banyak menangis dan seandainya di dunia lagi aku banyak menangis mengenang dosa-dosa yang lalu di akhirat kelak gembira selamanya.

Pintu taubat masih terbuka buat diriku dan masih belum terlambat untuk melakukan perubahan diri. Terimalah teguran dari mereka yang menyayangi diriku.

p/s buat mereka aku gelar kawan dan sahabat aku mohon maaf seribu kali maaf secara zahir mahupun batin.
 
 

Thursday 24 October 2013

Dah setahun kot

Assalamualaikum...
 
Sudah setahun rupanya aku bekerja setelah tamat pengajian di politeknik. Sekarang masa mengumpul pengalaman bekerja yang ada untuk masa depan aku. Sampai bila agaknya aku harus bekerja kadang-kadang terfikir juga. Gedik pulak aku ini, dulu time takde kerja ko nak sangat kerja, bila sudah ada kerja boleh pulak tanya sampai bila kena kerja. Bengong juga aku ini...haha
 
Inilah namanya manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada. Tengok orang sambung study ko nak study, bila orang kerja ko nak kerja, bila orang kahwin ko terkial-kial nak kahwin juga ke? Manalah Prince Charming aku ini takde datang jumpa aku 'Dah Kenape' agaknya. Sesat jalan kot. Saya masih menunggu awak tau. (harap dia blogger jugalah supaya dia dapat baca apa aku mengarut ini) ^__^
 
Ok aku nak story sikit pengalaman aku bekerja. Mula sahaja aku masuk bekerja benda yang aku kena buat design brochure rumah yang akan launching bila-bila masa. Dijangka November 2012 boleh dijual, melangkah ke tahun baru cina 2013 juga boleh dijual, bertukar ke Julai sehingga November 2013 juga akan dijual dan yang terbaru next year 2014. Dah kenape?! Bermula dari situ aku merasa kebosanan yang boleh dikatakan tahap melampau. Nak-nak kerja aku rasa banyak aku buat sendiri walaupun ada kerani amoi kalau tak boleh buat kerja dah camne. Mula kesabaran aku mula meletus ke tahap bom atom. Dah bekerja lama dari aku tapi kalau apa-apa tak boleh buat macam mana nak majukan diri asyik duduk dalam tempurung buruk je.
 
Kesabaran mula tercipta untuk hari-hariku.
 
Dan aku mula meninjau ruang-ruang kerja yang lain supaya ruang mengadu aku dengan ibu abah setiap hari dapat dikurangkan. Pesan mereka banyakkan berdoa dalam solat dan rajin buat solat duha kerana pintu rezeki sentiasa ada. InsyaAllah...
 
Alhamdulillah, dalam setahun ini juga banyak benda yang aku dapat terutamanya ilmu. Kumpulkan segalanya untuk dibawa ke masa hadapan selagi diberi umur yang panjang oleh Maha Esa.
 
Mula hidup baru bermula hari ini dan berharap Allah sentiasa membantu aku dalam setiap perbuatanku. InsyaAllah...
 
Sekian sahaja entri aku kali ini.
 
 

Hazamin - Zikir - Hasbi Allah Wani'mal Wakeel


Tuesday 22 October 2013

Mengharap Perubahan yang Istiqamah

Assalamualaikum...
 
"Ya Allah, hadirkanlah hatiku yang sentiasa berzikir kepada-MU dikala aku susah mahupun senang"
 
Setiap waktu, ketika sujud aku berdoa supaya Allah Maha Mendengar tahu isi hati aku selama ini. Iman yang sentiasa turun naik kadang-kadang membuat aku takut hendak menghadap-Nya di akhirat kelak. Bila mendengar kawan aku sudah ada yang telah dijemput menghadap Illahi, tidur aku malam tidak lagi seperti hari-hari lain. Perasaan itu sama ketika Arwah Atok yang sangat aku rindu pergi buat selamanya. Aku mula berfikir suasana mereka di alam kubur yang gelap dan hanya bertemankan kain putih yang membaluti diri. Allahuakbar!
 
Arwah Atok pergi ketika aku baru seminggu daftar belajar di politeknik dan disebabkan tiada pilih aku tak dapat pulang untuk menatap wajah terakhir arwah atok. Malam itu juga aku bermimpi berjumpa Arwah Atok dan hanya memandang aku sambil tersenyum tanpa bersuara seperti selalu. Dan sejak itu, bila aku rindu menatap wajahnya pasti malam itu Arwah Atok hadir dalam mimpiku.

 
Dan aku tak sebaik manusia, kadang-kadang datang perangai pelik aku mulalah segalanya berubah. Jadi aku mahu biarlah kali ini, aku dapat berubah kerana Allah SWT bukan kerana manusia. Dan pada 3-4 tahun lepas aku banyak buat dosa pada Allah biarlah kali ini aku berubah kerana Allah. Tak nampak baik dimata manusia tapi sekurang-kurang nampak baik dimata Allah.
 
Bila dulu susah gila pakai stoking time keluar rumah, tapi sekarang Alhamdulillah aku cuba pakai sebab takut kaki terbakar dan kaki sebahagian aurat juga. Pernah sekali aku beli kasut wages, abah cakap pakai stoking sekali kan cantik (teguran paling halus) dan aku dengan cepat cakap kasut ini mana elok pakai stoking (jawapan bengong aku).huhu Ada sebab juga bila pakai stoking takde lah kaki aku nampak berbelang kena matahari. Baru kena matahari dekat dunia dah berbelang kalau di akhirat?!
 
Dulu-dulu aku suka post gambar-gambar aku dekat fb, dan sekarang payah nak nampak muka aku dekat fb. Kadang-kadang datang tangan gatal ada juga terpost tapi tak lama aku sendiri delete atau private kan. Abang aku cakap letak gambar doodle lagi elok. Dan aku sendiri faham kenapa cuma nafsu jahat aku ini bukan boleh kawal sesangat.huhu Biarlah gambarku menjadi koleksi aku sendiri daripada koleksi bukan mahram aku. Kalau yang bertutup molek takpe kalau yang terdedah atas bawah semua friends dalam fb dapat tengok nanti malaikat sebelah kiri banyak pulak kerja kan susah kita nak jawab nanti depan Allah. Nak-nak friends fb beribu setiap waktu malaikat kiri catat. Masa hidup boleh lagi nak delete atau private kalau dah pergi menghadap Illahi?!(nak pulak password secret) sapa nak nolong..

InsyaAllah, Allah akan tolong kalau niat kita baik untuk berubah. Sikit-sikit berubah lama-lama nampaklah perubahan yang diri kita nak. Berusaha berubah dan berdoa, InsyaAllah pasti ada ruang untuk kita kan...

Dan sekarang aku cuba praktikkan berzikir pada Allah setiap hari. Banyak ingat Allah hati jadi tenang walaupun ujian sebesar mana datang kita tetap redha dan sabah.  Dulu sebelum tidur aku mesti menangis bila teringat kisah lalu dan tapi sekarang sebelum tidur aku cuba tukar dengan berzikir pada Allah sampai tertidur. Biar setiap waktu kita bergantungan pada yang Maha Esa. Antara zikir aku cuba amalkan



Aku bukan insan yang baik sangat sampai boleh nasihat orang lain tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk berubah ke arah lebih baik. Mengharapkan istiqamah pada Allah iaitu lebih utama.

Bila masa aku suka pandang kelebihan orang lain pada masa sama aku cuba pandang kekurangan dirinya. Baru aku tahu tiada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia yang patut kita contohi.

p/s: Amalkan membaca Al-Quran setiap hari sebab akan jadi sahabat/teman kita di alam kubur nanti.
 
 
 


Monday 21 October 2013

Al-Kisah Aku

Assalamualaikum...

Entri ini kali ini lebih pada memberi pendapat atau lebih senang luahan hati aku sendiri kot (touching). Dulu rajin luah dekat diari je takde siapa tahu melainkan aku dengan Allah. Disebabkan sekarang sudah lama-lama tak tulis diari dan malas nak ganti diari yang baru jadi Al-Kisahnya aku luah dalam blog ar sikit.
 
Beberapa hari ini aku cuba dan cuba mencari balik kawan-kawan sekolah aku yang dulu baik sekolah rendah mahupun menengah. Aku lakukan pun disebabkan gerak hati aku suruh mencari mereka. Tujuan mengeratkan Silaturahim. Bermulalah sapaan aku terhadap mereka-mereka yang aku kenal tapi jawapan yang mengecewakan. Aku tahu masing-masing sudah ada tanggungjawab lain dan masa tidak sama macam dulu kan. Pelik juga dulu sekolah setiap waktu kita ada bersama tapi sekarang dah macam orang asing. Banyak aku yang mulakan dulu. Pelik dan makin pelik.

Kawan baik? Aku nak tahu sangat makna sebenar kawan baik @ bff (best friend forever). Rasanya macam sekadar cakap je kot tapi dalam hati takde pun bende alah ini. Baru berapa tahun berpisah nak dibandingkan bertahun-tahun dekat sekolah bersama. Perhatian seorang kawan macam takde aku rasa yang banyaknya ignore banyak lah aku nampak. Masa takde eh? Aku ade je masa dan tegur korang semua. Pelik aku makin bertambah.
 
Respon sekadarnya soalan yang aku tanya memang membosankan. Aku ini terlampau perhatian kot iaitu sebablah jangan layan sangat minah penyibuk ini. Aku faham semua sudah berubah dulu tak sama macam sekarang.

Hanya berdoa yang mampu aku sampaikan untuk mereka-mereka yang aku rasa penting. Sekian.

Insafi diriku yang terlalu banyak terleka..

 
 





Wednesday 16 October 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.




Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





syarat-syarat wajib :


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk : Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini













Friday 11 October 2013

Kelebihan Beristighfar

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua. Okey pagi ini entri aku mengenai Kelebihan Beristighfar kiranya aku bagi tazkirah lah pagi-pagi jumaat ini kan. Dulu masa sekolah, setiap pagi Jumaat lepas perhimpunan pelajar Islam diminta berkumpul di surau  sebab ada bacaan Yassin dengan tazkirah sedikit. Tujuan dia merawat jiwa remaja yang banyak masalah termasuk aku ler tu..huhu Okey balik pada tajuk entri aku, ditulis oleh Mohd Hassan Adli Yahaya (Iman Muda Musim Ke-2) dalam keratan akhbar dan aku cuma sampai untuk korang semua je. hihi

'Amalan mengundang rezeki dan mendapat keampunan Allah SWT'

Berapa hari lalu, saya berkesempatan bertemu seorang rakan dan seperti biasa, pelbagai cerita dibualkan. Namun, dalam banyak-banyak cerita, saya tertarik mendengar pengalamannya yang saya kira sebenarnya mempunyai hikmah mengenai keagungan Allah SWT sebagai pencipta.

Kisahnya biasa saja namun bagi yang dapat menilainya, ia memang luar biasa.

Sebenarnya, teman saya secara tidak sengaja teringat pesanan seorang ustaz yang menyatakan, istighfar dapat mengundang rezeki selain mendapat keampunan Allah SWT ketika menghidupkan enjin kenderaan untuk ke satu destinasi atas urusan kerja.

Jadi, apabila memulakan perjalanan, beliau mengucapkan 'Astaghfirullahalazim' berulang-ulang kali. Ketika berada di satu lebuh raya yang menghampiri sebuah plaza tol, keretanya dipintas sebuah lori kecil yang berebut-rebut memasuki lorong tol terlebih dulu.

Tanpa berfikir apa-apa, beliau mengekori saja lori itu sehinggalah ke lorong plaza tol sama. Selesai membuat pembayaran, lori itu berlalu pergi dan rakan saya menurunkan tingkap untuk membuat bayaran tol.

Sebaik menghulurkan duit, petugas itu berkata: "Tak mengapa cik, orang depan dan bayar untuk cik."

Dalam keadaan terpinga-pinga, rakan saya seperti tersentak. Siapa pula yang begitu murah hati membayarkan tol untuknya? Kebetulan, tiada kenderaan lain di depannya ketika itu melainkan lori berkenaan.

Tidak puas hati dengan penjelasan petugas tol itu, rakan saya 'mengejar' lori berkenaan untuk mendapatkan kepastian apa dikatakan petugas tol dan andaiannya.

Ketika memintas lori itu, rakan saya membunyikan hon dan memandang pemandu lori sambil mengangkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih.

Pemandu lori itu, seorang lelaki muda India, membalas sapaan rakan saya dan mengangkat tangan umpama menyatakan 'sama-sama'.

Ketika itu, meremang bulu roma rakan saya mengenangkan betapa cepat Allah menunjukkan bukti janji Allah itu adalah sesuatu yang pasti. Betapa juga besarnya fadilat kalimah 'istighfar' yang hanya mengambil masa kurang daripada tiga saat setiap kali dilafazkan.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia perkara kecil kerana hanya membabitkan nilai duit yang tidak seberapa. Lainlah jika mendapat 'rezeki terpijak' dalam jumlah besar, baru boleh berasa takjub.

Ada juga yang mungkin beranggapan ia hanya kebetulan dan mungkin juga petugas tol itu tiada wang kecil untuk dikembalikan kepada pemandu lori berkenaan.

Namun bagi saya, ia kisah yang harus dipandang dengan mata hati. Soal kebetualan atau berapa nilai wang itu bukan sesuatu yang signifikan.

Pokok pangkalnya, siapa yang menggerakan hati pemandu lori itu untuk membayarkan tol rakan saya jika bukan Allah SWT.

Ia juga sebagai tanda betapa Allah gembira terhadap hamba yang selalu mengingati-Nya pada setiap saat dan waktu. Maka Allah menghantar satu isyarat mudah kepada hamba yang mengingati-Nya betapa Dia juga mengingati hamba-Nya.

ISTIGHFAR untuk mendapat pengampunan Allah SWT.

Lihat pula sebuah kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang terkenal dengan nama mazhabnya iaitu mazhab Hanbali.

Satu ketika, Iman Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya. Dalam waktu larut malam dan badan berasa sangat letih, Iman Ahmad teringin untuk tidur dalam sebuah masjid.

Namun, niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid melarang Iman Ahmad tidur di situ. Iman Ahmad kemudian bertanya sama ada dia dibenarkan tidur di luar masjid, tetapi penjaga itu melarangnya juga.

Iman Ahmad bertanya lagi, bolehkah dia tidak tidur tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, dan penjaga itu turut melarangnya. Penjaga itu kemudian menolak Iman Ahmad dari masjid itu.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Iman Ahmad dan penjaga masjid lantas mempelawa untuk bermalam di rumahnya. Iman Ahmad menerima pelawaan itu.

Ketika Iman Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar daripada pembuat roti yang sibuk membuat rotinya.

Paginya, Iman Ahmad bertanya pembuat roti mengapa dia beristighfar? Pembuat roti menjawab: "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah, cuma satu perkara lagi belum."

Iman Ahmad bertanya: "Apakah doa kamu yang belum diperkenankan oleh Allah?" Jawab lelaki itu: "Saya berdoa semoga dipertemukan dengan Iman Ahmad bin Hanbal."

Iman Ahmad berkata: "Sayalah orangnya. Akulah Iman Ahmad Bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku diseret untuk menuju kepadamu untuk menyampaikan hajatmu."

Lihat saja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Iman Ahmad. Berkat istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, Allah memakbulkan doa pembuat roti itu.

Nyata kelebihan istighfar sangat besar buat kita. Ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepada-Nya, insya-Allah sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

*p/s Berzikir kepada Allah SWT membuat hati kita sentiasa tenang dan mengingati Allah lebih besar ganjarannya.


Thursday 10 October 2013

Kurang Keyakinan Diri

Assalamualaikum..

Bermulanya pukul 12.42 pm bersamaan 10 October 2013, aku baru menaip entri baru untuk di update(mengeluh seketika!). Ini pun disebabkan en fizizaidi yang tanya aku tak update blog ke?!(insan prihatin sob2)

'jarang2 awk update entri :) kalau selalu2 kan best..'(jangan marah awak saya copy paste)

Jadi aku cuba buat entri baru lol pada hari ini dan detik ini! Padahal aku kurang idea dan paling penting KURANG KEYAKINAN DIRI (tajuk entri hari ini) itu sebab jarang update. Setiap hari buka BLOG tapi hanya suka baca entri bloger-blogger lain punya je. (nampak tak jawab dia prihatin tersangat dengan blogger lain)

Kurang yakin dengan diri itu sebab suka menyepi dan suka melihat kelebihan orang lain. Pemikiran yang tahap paling rendah dan mesti siapa yang membaca mungkin fikir budak ini ada masalah. huhu (tolong PM saya untuk di kaunselor kan)

Okey2 aku cuba fikir positif  ye! (rileks lu jangan marah)

Aku ini suka layan cerita korea dekat TVONE channel 393 paling excited tengok RUNNING MAN setiap hari Jumaat pukul 11.50 ulangan Ahad malam pukul 11.20 (esok isnin pergi kerja mengadu mengantuk)..Kalau tanya siapa aku suka dalam Running Man jawapannya aku suka semua habis cerita ringkas dan padat kan. So, bila tengok hilang tension sikit pastu gelak sampai berair air mata sampai adik tegur...

'Teruknya hang gelak nanti orang laki dengaq takde sapa nak kat hang'(ada siapa kisah sila angkat tangan)

Bila depan lelaki aku cover lah sikit gelak yelah perempuan ini kan pandai berlakon depan sopan tahap tak ingat dekat belakang kurang sopan banyak sandiwara orang lelaki tak tahu okey.huhu

Dulu nak tengok cerita hantu bukan main takut tapi sejak Oppa So Ji Sub berlakon drama Master's Sun sanggup tengok tak dapat tengok dekat tv pastu youtube jadi sasaran aku. (takut belakang cerita)

Master's Sun (wed-thus 9 pm)

Inilah Oppa So Ji Sub saya kalau ada siapa tak kenal hee
 Hmm, itu je kot aku nak bagi tahu kepada anda di luar sana.

Terima kasih kerana sudi membazir masa membaca entri aku..ada idea aku cuba mengupdate okey.


Tuesday 23 July 2013

Awek Muda Tuu

Assalamualaikum...

Masalah umur satu hal, masalah wajah pun satu hal..Tak tahu bersyukur langsung ke aku ini sampai tulis entry macam itu.Kali ini entry memuji diri sendiri tahap melambung. haha

Yela ada orang wajah tak sepadan dengan umur contoh umur sudah dewasa tapi orang lain tengok muda macam belasan tahun. Untung-untung orang panggil Awek Muda lah dah tu kalau umur muda lagi tapi tengok sudah tua macam mana pulak..Rugi-rugi orang panggil Awek Tua. Ada ke? Pelik tak?! Kenapa boleh jadi macam tu eh...Terguris hati orang kan kalau orang cakap kita tua.Sebab semua orang nak muda dan takut nak tua.Kan3x..(termasuklah yang menaip ini)

Ok itu semua fitrah kehidupan. Allah sudah cipta sebegitu rupa sepatutnya kita bersyukur sangat-sangat. Kalau tak tahu bersyukur pergi pakai botox.Nauzubillah..(mintak jauh nanti nak mati susah kot)

Dulu aku masa student pernah alami situasi macam itu. Semuanya kelakar kot bagi aku bila aku cerita nanti. Badan aku kecik je family aku semua tinggi dari aku. Kecik-kecik pun cute tau..hihi 

Masa itu kelas Bahasa Inggeris, disebabkan kelas-kelas di jabatan aku penuh terpaksalah guna kelas yang kosong untuk menumpang belajar. Habis sahaja waktu mengajar, tuan punya kelas sudah berderet menunggu dekat luar ramai-ramai. Apa lagi tak kan nak melenggang kangkung kot. Blaa ar apa lagi...huhu Dok menapak keluar tiba-tiba takde salam alih-alih diriku disapa "Eh, awak sem 1 ke amek kos ape eak?" Terpinga-pinga aku sambil mulut ternganga pandang muka minah bajet senior itu. Belum sempat aku cakap, member sebelah minah itu cakap " Sem 1 apenye, ko tengok la nametag dye sem berapa?" Disebabkan sudah lama study dekat politeknik, so nametag pun mesti dah berubah design kan.. Barulah minah bajet senior itu terkejut tahap ternganga macam mula-mula aku tadi.."Eh, sorry2 akak". Rupa-rupanya, minah itu baru sem 2 dan baru naik jadi senior itu sebab nak tunjuk action lah...baru aku paham. Aku senyum jelh walaupun dalam hati terkejut dan sedih disapa ganas oleh minah bajet senior tu..(aku sudah sem 5 tau  tinggal satu sem lagi nak final tau tak) huhu tak respect aku  langsung.Tapi aku bersyukur sebab diorang pandang aku masih muda lagi. hihi

Belum masuk kisah kehidupan harian aku lagi dah panjang berjelar aku cerita..haha  Ok kisah seterusnya, masa ikut ibu pergi kenduri tahlil rumah jiran habis sahaja tahlil sesi berborak sementara tunggu dijemput makan oleh tuan rumah. Makcik sebelah tegur "Adik sekolah DARJAH berapa?! "(tengok aku besarkan perkataan habaq hang) Aku pun cakap lah "Tak sekolah dah makcik, saya dah keje".."Laa, makcik ingat baru sekolah"(tersengeh makcik tu) Mulut makcik pulak boleh tahan cakap tak nak kuat pulak kan...huhu Habis makcik-makcik lain pandang aku.

Ok, latest story balik kerja ada sepasang lelaki dan perempuan kategori abang @ kakak singgah depan rumah untuk buat survey apa ntah aku pun tak tahu..Sampai-sampai je kakak itu tanya "Baru balik kerja ke dik!""(biasalah adat orang melayu tanya benda yang mereka dah tahu kan) peramah orang kata. Dah berborak ringkas, kakak itu tanya " Umur adik berapa ye?! "Sudah 23 tahun dah akak" (padahal bukan kakak aku pun) huhu lagi satu adat orang melayu kena hormat orang lebih tua kan. "Haa, akak ingat baru 17 tahun " ok fine! sudah ramai cakap saya macam itu akak ooi..umur tak sebaya dengan muka aku yang terlebih comey ini. hihi

Entry aku ini tersangat banyak angkat bakul sendiri kan3x walaupun tidak memintak semua itu terjadi ye. Banyak lagi nak aku ceritakan tapi takut belum sempat habis baca sudah muntah hijau satu hal nanti tak pasal-pasal batal puasa baca cerita aku ini yang mengarut ini jadi lebih baik aku stop setakat sini je. haha

Ini satu cerita paling best untuk kawan-kawan aku sekalian . Berkaitan dengan wajah kita ok. Wajib baca!

"Nenek Tak Masuk Syurga"(copy & paste je)

Rasulullah SAW pernah juga berjenaka pada zaman Baginda,sehingga membuat seorang nenek menangis kerana khuatir tidak masuk syurga. Nenek tersebut adalah dari golongan Ansar telah datang kepada Rasulullah SAW dan minta didoakan.

"Wahai Rasulullah! Tolong doakan saya kepada ALLAH, agar saya dimasukkan ke dalam syurga," kata si nenek."Wahai nenek, di syurga nanti tidak ada orang tua seperti nenek,"kata Rasulullah.

Mendengar itu, si nenek terus menangis tersedu-sedu kerana menyangka dirinya tidak akan masuk syurga. Padahal yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah lain."Nenek tidak perlu bersedih hati. Kerana yang saya maksudkan adalah semua orang yang masuk syurga nanti akan kembali ke usia muda semula,termasuklah nenek juga." kata Rasulullah menerangkan. 

Barulah si nenek merasa gembira dan mengelap air matanya yang membasahi pipinya yang sudah tua itu. Rasulullah hanya tersenyum saja.

Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT  kerana Allah mencipta kita sebaik-baik ciptaan. Tak kiralah muda, tua, hitam, putih, pendek, tinggi, gemuk atau kurus kita tetap makhluk Allah kan. Manusia tak reti bersyukur itulah yang suka mengubah ciptaan-NYA macam artis Korea sekarang. (pandai aku bagi ceramah dekat hangpa padahal setiap malam cerita korea itulah aku suka layan) aishhhh...

Sekadar pengkongsian bersama!


Saturday 20 July 2013

In Team - Insan Taqwa



Assalamualaikum...

Salah satu lagu yang membuat aku terkenang memory semalam, semalam, semalam...

Lagu membawa kenangan

Assalamualaikum...

Lagu mengingatkan kenangan? Tiada motif pun buat entry macam ini kan Cik Ina.(berdialog dengan diri sendiri, kesiannya) haha

Ada motif lah cik kak oii...Sebenarnya, aku terfikir jugak bila main lagu yang kita suka suatu masa dahulu kadang-kadang buat kita terkenang memory semalam, semalam, semalam sampai tiada kesudahannya. Motif? terlalu kecewa..haha No laa,sudah lumrah hidup manusia mesti lalui semua bende alah ni kan3x.

Kenapa bila dengar ayat suci Al-Quran kita tak rasa macam mana kita dengar lagu-lagu seperti yang aku terangkan di atas ye! Kerana kita tak menhayati isi ayat Al-Quran dan maksudnya lebih khusyuk dan tawaduk kan. Kita lebih khusyuk dengar irama, melodi dan lirik dia. Aku rasa pelik juga kerana aku juga begitu. haha...

Dengar orang baca Al-Quran tapi tak tahu apa maknanya walaupun ayat surah lazim je...Kecik-kecik dulu surah itu aku hafal sebab nanti ustaz @ ustazah panggil suruh hafal dekat depan tak dapat hafal kena berdiri atas kerusi satu hal paling sakit kena cubit dekat perut..Memang menyakitkan jiwa raga aku..haha Tapi sampai umur dah dewasa pun masih tak tahu makna ayat surah lazim ini pulak surah-surah lain. Sekadar hafal tapi tak menghayati isi kandungannya. Itu buat aku makin lalai dengan duniawi. 

Bulan ramadhan makin lama makin dekat dengan penghujungnya takkan nak tunggu tahun depan punya ramadhan baru nak berubah..Kalau bulan lain aku rasa tak lah sebab syaitan sudah keluar mengacau. Tapi bergantung pada niat kita sendiri juga mana baik kena lakukan sebaik mungkin dan yang buruk kita kena elakkan sebanyak mungkin. Tak sempat bertaubat ruginya hidup kan dunia ini..(teringat dosa-dosa semalam) huhu

Nasihat buat diri yang terlalu leka dengan dunia....

Thursday 16 May 2013

Jom baca 15 nasihat Hasan al-Basri

Assalamualaikum

Nasihat ini lebih untuk diri aku sebenarnya jadi aku cuba kongsi dengan anda-anda semua ye! Lagipun aku terbaca(nampak sangat macam terpaksa) dalam Metro je hee...So,aku kongsi dalam entri kali ini disebabkan aku sayang kawan-kawanku sampai ke syurga kerana Allah. Betul kan?! ^_^

Tahu tak siapa Hasan al-Basri? 

Menurut pakcik Google, Hasan al-Basri lahir pada tahun 642 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 728 Masihi atau 737 Masihi), nama sebenar beliau Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi -l-Hasan Yasar al-Basri ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim. 

Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah(642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkenal dalam peradapan Islam. 

Hasan al-Basri meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. 

Jom kita baca apa nasihat dari Hasan al-Basri :-
  1. Kamu mempunyai giliran, jika kamu tertinggal, orang lain akan mengambil giliran kamu. 
  2. Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan di antara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan.
  3. Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya.
  4. Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian.
  5. Sesiapa memandang kesan di sebaliknya atau akibat, dia akan terselamat.
  6. Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat.
  7. Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya.
  8. Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran.
  9. Sesiapa dapat memahami, dia akan alim.
  10. Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal.
  11. Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu.
  12. Jika kamu menyesal, buanglah perkara itu.
  13. Jika kamu jahil, tanyalah.
  14. Jika marah, jagalah diri kamu.
  15. Ketahuilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.
Maaf jika terdapat kesalahan dalam perkongsian ini.


Aza Aza Fighting!!!

Friday 3 May 2013

Jangan jadi macam saya!

Assalamualaikum...

Hari ini dalam sejarah tangan aku mengatal terDESIGN dan menDESIGN  sesuatu yang segan untuk aku menaip apatah lagi menyebutnya kerana semua itu bukan dalam kotak fikiran selama umur aku yang masih remaja ini (tak habis-habis cik kak ini perasaan tahap tak ingat)...huhu. Dulu masa sekolah takde kisah sangat pasal umur tapi sekarang bila setiap tahun sambut hari jadi ambil kisah teramat sangat. Bila orang tanya umur berapa slow-slow je aku cakap DUUAAA PUULUHHHH **** sebab I seorang yang pemalu U..Bukan pemalu tapi takut orang tak percaya disebabkan rupa paras yang comel tersangat disamping dengan paras umur yang tak setanding I habak mai.haha...

Setelah meningkat remaja (remajalah sangat) ini, fikiran pun dah lain sikit tak macam zaman persekolahan. Dari situ aku menDESIGN sendiri segala tok nenek berkenaan WEDDING CARD(opps!! cik kak ini tengah mengatal jangan layan sangat okey). Anggap sebagai kerja aku yang harus disiapkan tanpa ada dateline ye..Takde sketches, takde proposal, takde konsep alih-alih aku menDESIGN mengikut citarasa aku sendiri. Sampai buat 2~3 design pastu semua itu nampak serabut.haha...tergopoh sekejap!

Dari situlah baru aku membuat research berkaitan dengan perkara di atas. Usha-usha color yang aku suka, tengok-tengok design orang pakar punya, barulah aku terjumpa konsep citarasa aku sendiri.(sekejap je tu nanti tukar lagi). Sebab takde persetujuan dari kedua pihak itu sebab suka tukar-tukar.hahaha...(sudah ada baru kami discuss okey) Dan sekarang aku masih menunggu PRINCE CHARMING datang menjemputku. Harapan dari seorang gadis..haha

My Prince  Charming naik kuda putih sambil membawa 
sejambak bunga ros(teruskan berangan)

Jadi segala konsep color semua aku rahsiakan dari pengetahuan umum sebab tangan tengah gatal menDESIGN je tu. Main-main je dulu sambil mencari idea-idea yang bernas. Kalau siapa-siapa ada pendapatan(opps! pendapat) atau idea-idea yang menarik bolehlah kongsi-kongsi dengan aku ye.

Sekarang terBERHENTI menDESIGN sekejap kerana baru tersedar dari angan-anganku yang beranggapan semua itu mengarut tambahan pula dengan faktor umurku yang masih belum cukup matang dan meningkat dewasa lagi tidak sesuai memikirkannya. Harap semua memahami okey!

Aza aza Fighting!!!


Friday 15 March 2013

Aku Dalam 7 Tahun Akan Datang

Assalamualaikum...

Kenapa entri aku tajuk sedemikian rupa sebab aku mula terfikir pasal benda ini masa itu aku baca majalah SOLUSI rasanya. Dalam ruangan Ustazah Fatimah Syahra, setiap yang dia tulis buat aku terfikir masa 7 tahun akan datang apa yang terjadi pada diri aku agaknya. Masih macam dulu lagi atau aku sudah berubah ke arah lebih baik. Harap macam itulah, insyaALLAH.Kena ada perancangan dari sekarang baru aku tahu apa yang aku mahukan dan aku boleh capai walaupun tak semua. Sejak itu, aku mula senaraikan beberapa perkara yang aku teringin lakukan dan peroleh sepanjang 7 tahun akan datang.

Umur setiap tahun akan meningkat itulah lumrah kehidupan,(walaupun ketinggianku tidak meningkat..sedihnya) jadi tak kan aku tak ada perancangan yang lebih baik kan untuk hidup aku dekat dunia yang sementara ini. Masa belajar dulu macam-macam aku fikir, takut sangat gagal dalam pelajaran sebab utamanya mestilah tak nak tengok muka ibu abah aku kecewa. Malu kot aku nak pandang muka ibu abah, cakap aku gagal dalam pelajaran. Tak sampai hati aku nak buat semua itu walaupun belajar tak tinggi mana tapi biarlah aku jadi orang.

Dulu masa tingkatan 5, abah ada cakap kalau aku gagal dalam SPM abah nak kasi kahwin terus. Kecut perut aku, masa itu juga aku rasa nak terberak.huhu. Tapi alhamdulillah, semua itu dulu aku dapat juga buat yang terbaik. Ibu abah dah banyak berkorban untuk aku dan adik-beradik aku rasanya tak terbalas segala pergorbanan mereka. Apa yang aku nak masa belajar, semua abah turutkan sampai buat abah garu kepala pening tengok perangai aku yang tak habis-habis mintak bukan-bukan. Dulu belajar aku minat sangat subjek Add Math kalau cikgu tunjuk buku latihan baru balik sekolah je petang itu jugak aku ajak abah pergi kedai buku pergi beli. Dah macam tak boleh tunggu esok agaknya.haha..tapi bila sampai kedai buku bukan cari buku latihan Add Math pun, aku terus melencong ke rak novel-novelku.haha..usha kot-kot boleh dapat sebijik buku novel yang aku minat tapi malangnya tak dapat pon.kesian..

Itu semua masa 7 tahun yang lalu, sekarang 7 tahun akan datang lah cik kak oi.huhu..Tengok 7 tahun lalu lah  aku sudah buat perancangan bahawasanya aku nak balas jasa ibu abah aku dengan membawa mereka ke tanah suci Mekah, insyaALLAH. Itu sahaja niat aku mula-mula merancang tapi Allah yang tentukan masa itu kan. Banyak-banyak kan berdoa semoga niat aku itu dimakbulkan.amin..(buat abang-abangku dan adikku kamu juga aku ingin bawa ke sana)

Ok seterusnya, aku ingin berubah menjadi wanita solehah dekat dunia ini. InsyaALLAH,amin..Manusia boleh berubah dan tak salah aku nak berubah menjadi lebih baik kan. Zaman jahiliah aku dulu-dulu kala kadang-kadang buat aku takut nak mati yelah kalau tak sempat berubah macam mana aku nak menjawab dalam kubur kalau amalan aku tak cukup. Katakan lah 7 tahun akan datang aku pergi menghadap Illahi dan aku tak sempat nak bawa amalan-amalan baik aku jumpa Allah siapalah nak tolong aku masa itu takkan pakwe aku kot (ada pakwe ke cik kak)huhu..kalau aku sudah kahwin boleh lah anak-anak aku doakan tapi kalau belum hanya amalan aku yang dapat membantu dan sedekah jariah.yeke?!(nanti rujuk balik buku agama ye cik kak) itulah masa dulu abah nak kasi kahwin tak nak sekarang baru terfikir ye..hehe

Aku kena belajar lebih dalam lagi macam mana nak jadi wanita solehah, baru lah apa yang aku mahukan iaituuuuuu mempunyai suami yang soleh yang dapat membimbing aku di dunia dan akhirat. Baru boleh dapat anak-anak yang soleh dan solehah(wah gitu,sudah jauh aku fikir ye) kata merancang kan jadi itulah harapanku dalam doaku.hihi..insyaALLAH,amin nak suami baik aku kena jadi baik baru lah dapat apa yang aku mahukan. Lagi pun itulah janji Allah untuk umatnya.

Bahagianya hidup aku, (mula terbayang diruang mata dan kepala) pernuh berliku-liku perjalanan aku ye nanti. Takpa nak sesuatu kena berusaha sebab usaha tangga kejayaan. Kena fikir positif setiap aku inginkan barulah apa yang aku nak akan tercapai. Dan kalau umur panjang lagi aku teringin sambung belajar lagi tapi dalam bidang agama peringkat ijazah (tak rasa pelik ke dulu masa sekolah suka melukis pelan-pelan macam ala-ala arkitek gitu, pastu sambung belajar bidang grafik tapi laa ni lain pulak) kenapa, mengapa, dan siapa yang buat aku jadi begini agaknya. tiada siapa jawapan semuanya atas keinginan aku sendiri tanpa ada hasutan dan paksaan ye. sekian, terima kasih..

SEMUA ITU 7 TAHUN AKAN DATANG!!!

Segala perancangan aku bermula aku terbaca majalah solusi dan bermula aku menulis diruang nota kecik yang aku letak dalam laci tempat kerja aku supaya aku boleh lihat hari-hari bila datang kerja dan juga bermula bila aku menulis di dalam blog aku ini dan aku akan post bila-bila masa sahaja untuk tatapan siapa-siapa yang ingin atau sudi atau kesian atau minat dengan aku ini seterusnya membacanya dan boleh merancang seperti aku ye selepas ini.Dialu-alukan ye kawan-kawanku yang disayangi kerna Allah..hihi

Jadi apa lagi belum terlambat lagi untuk merancang sebab kita tak tahu bila masa kita akan dijemput oleh Allah sebab tarikhnya sudah ada cuma kita tak tahu bila kan. Semoga setiap perancangan membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Dan paling penting biarlah merancang untuk mati dalam keadaan Husnulkhatimah. Iaitu pun sudah cukup baik perancangan tapi kena berusaha berubah ke arah itu.

Aza Aza Fighting!!!


Wednesday 13 March 2013

:: BOBBY DAH TAK ADA ::


bobby sudah tak ada lagi... :( lama sangat tak balik rumah...huhuhu...bila ingat2 balik sedih je rasa. bila aq nak pergi dapur bobby confirm ikut sekali suruh bagi makan kat dia even dia sudah kenyang sebenarnya...saje je nak suruh orang bagi perhatian at dia..andai bobby tak ada lagi sem0ga b0bby aman dekat sana ye...huhu1000x.maaf ye bobby tak bagi bobby masuk rumah sebab bobby kotor sangat time 2...huhu

tak boleh cakap dengan bobby lah pasni...c0z bobby tak balik rumah dah.menangis jap...sob200x ya ALLAH...mungkin sampai ney kot umor bobby dan aq sekeluarga dapat bela...maaf ye bobby :(
photobucket manjakuhappy.com