Thursday, 24 October 2013

Dah setahun kot

Assalamualaikum...
 
Sudah setahun rupanya aku bekerja setelah tamat pengajian di politeknik. Sekarang masa mengumpul pengalaman bekerja yang ada untuk masa depan aku. Sampai bila agaknya aku harus bekerja kadang-kadang terfikir juga. Gedik pulak aku ini, dulu time takde kerja ko nak sangat kerja, bila sudah ada kerja boleh pulak tanya sampai bila kena kerja. Bengong juga aku ini...haha
 
Inilah namanya manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang ada. Tengok orang sambung study ko nak study, bila orang kerja ko nak kerja, bila orang kahwin ko terkial-kial nak kahwin juga ke? Manalah Prince Charming aku ini takde datang jumpa aku 'Dah Kenape' agaknya. Sesat jalan kot. Saya masih menunggu awak tau. (harap dia blogger jugalah supaya dia dapat baca apa aku mengarut ini) ^__^
 
Ok aku nak story sikit pengalaman aku bekerja. Mula sahaja aku masuk bekerja benda yang aku kena buat design brochure rumah yang akan launching bila-bila masa. Dijangka November 2012 boleh dijual, melangkah ke tahun baru cina 2013 juga boleh dijual, bertukar ke Julai sehingga November 2013 juga akan dijual dan yang terbaru next year 2014. Dah kenape?! Bermula dari situ aku merasa kebosanan yang boleh dikatakan tahap melampau. Nak-nak kerja aku rasa banyak aku buat sendiri walaupun ada kerani amoi kalau tak boleh buat kerja dah camne. Mula kesabaran aku mula meletus ke tahap bom atom. Dah bekerja lama dari aku tapi kalau apa-apa tak boleh buat macam mana nak majukan diri asyik duduk dalam tempurung buruk je.
 
Kesabaran mula tercipta untuk hari-hariku.
 
Dan aku mula meninjau ruang-ruang kerja yang lain supaya ruang mengadu aku dengan ibu abah setiap hari dapat dikurangkan. Pesan mereka banyakkan berdoa dalam solat dan rajin buat solat duha kerana pintu rezeki sentiasa ada. InsyaAllah...
 
Alhamdulillah, dalam setahun ini juga banyak benda yang aku dapat terutamanya ilmu. Kumpulkan segalanya untuk dibawa ke masa hadapan selagi diberi umur yang panjang oleh Maha Esa.
 
Mula hidup baru bermula hari ini dan berharap Allah sentiasa membantu aku dalam setiap perbuatanku. InsyaAllah...
 
Sekian sahaja entri aku kali ini.
 
 

Hazamin - Zikir - Hasbi Allah Wani'mal Wakeel


Tuesday, 22 October 2013

Mengharap Perubahan yang Istiqamah

Assalamualaikum...
 
"Ya Allah, hadirkanlah hatiku yang sentiasa berzikir kepada-MU dikala aku susah mahupun senang"
 
Setiap waktu, ketika sujud aku berdoa supaya Allah Maha Mendengar tahu isi hati aku selama ini. Iman yang sentiasa turun naik kadang-kadang membuat aku takut hendak menghadap-Nya di akhirat kelak. Bila mendengar kawan aku sudah ada yang telah dijemput menghadap Illahi, tidur aku malam tidak lagi seperti hari-hari lain. Perasaan itu sama ketika Arwah Atok yang sangat aku rindu pergi buat selamanya. Aku mula berfikir suasana mereka di alam kubur yang gelap dan hanya bertemankan kain putih yang membaluti diri. Allahuakbar!
 
Arwah Atok pergi ketika aku baru seminggu daftar belajar di politeknik dan disebabkan tiada pilih aku tak dapat pulang untuk menatap wajah terakhir arwah atok. Malam itu juga aku bermimpi berjumpa Arwah Atok dan hanya memandang aku sambil tersenyum tanpa bersuara seperti selalu. Dan sejak itu, bila aku rindu menatap wajahnya pasti malam itu Arwah Atok hadir dalam mimpiku.

 
Dan aku tak sebaik manusia, kadang-kadang datang perangai pelik aku mulalah segalanya berubah. Jadi aku mahu biarlah kali ini, aku dapat berubah kerana Allah SWT bukan kerana manusia. Dan pada 3-4 tahun lepas aku banyak buat dosa pada Allah biarlah kali ini aku berubah kerana Allah. Tak nampak baik dimata manusia tapi sekurang-kurang nampak baik dimata Allah.
 
Bila dulu susah gila pakai stoking time keluar rumah, tapi sekarang Alhamdulillah aku cuba pakai sebab takut kaki terbakar dan kaki sebahagian aurat juga. Pernah sekali aku beli kasut wages, abah cakap pakai stoking sekali kan cantik (teguran paling halus) dan aku dengan cepat cakap kasut ini mana elok pakai stoking (jawapan bengong aku).huhu Ada sebab juga bila pakai stoking takde lah kaki aku nampak berbelang kena matahari. Baru kena matahari dekat dunia dah berbelang kalau di akhirat?!
 
Dulu-dulu aku suka post gambar-gambar aku dekat fb, dan sekarang payah nak nampak muka aku dekat fb. Kadang-kadang datang tangan gatal ada juga terpost tapi tak lama aku sendiri delete atau private kan. Abang aku cakap letak gambar doodle lagi elok. Dan aku sendiri faham kenapa cuma nafsu jahat aku ini bukan boleh kawal sesangat.huhu Biarlah gambarku menjadi koleksi aku sendiri daripada koleksi bukan mahram aku. Kalau yang bertutup molek takpe kalau yang terdedah atas bawah semua friends dalam fb dapat tengok nanti malaikat sebelah kiri banyak pulak kerja kan susah kita nak jawab nanti depan Allah. Nak-nak friends fb beribu setiap waktu malaikat kiri catat. Masa hidup boleh lagi nak delete atau private kalau dah pergi menghadap Illahi?!(nak pulak password secret) sapa nak nolong..

InsyaAllah, Allah akan tolong kalau niat kita baik untuk berubah. Sikit-sikit berubah lama-lama nampaklah perubahan yang diri kita nak. Berusaha berubah dan berdoa, InsyaAllah pasti ada ruang untuk kita kan...

Dan sekarang aku cuba praktikkan berzikir pada Allah setiap hari. Banyak ingat Allah hati jadi tenang walaupun ujian sebesar mana datang kita tetap redha dan sabah.  Dulu sebelum tidur aku mesti menangis bila teringat kisah lalu dan tapi sekarang sebelum tidur aku cuba tukar dengan berzikir pada Allah sampai tertidur. Biar setiap waktu kita bergantungan pada yang Maha Esa. Antara zikir aku cuba amalkan



Aku bukan insan yang baik sangat sampai boleh nasihat orang lain tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk berubah ke arah lebih baik. Mengharapkan istiqamah pada Allah iaitu lebih utama.

Bila masa aku suka pandang kelebihan orang lain pada masa sama aku cuba pandang kekurangan dirinya. Baru aku tahu tiada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia yang patut kita contohi.

p/s: Amalkan membaca Al-Quran setiap hari sebab akan jadi sahabat/teman kita di alam kubur nanti.
 
 
 


Monday, 21 October 2013

Al-Kisah Aku

Assalamualaikum...

Entri ini kali ini lebih pada memberi pendapat atau lebih senang luahan hati aku sendiri kot (touching). Dulu rajin luah dekat diari je takde siapa tahu melainkan aku dengan Allah. Disebabkan sekarang sudah lama-lama tak tulis diari dan malas nak ganti diari yang baru jadi Al-Kisahnya aku luah dalam blog ar sikit.
 
Beberapa hari ini aku cuba dan cuba mencari balik kawan-kawan sekolah aku yang dulu baik sekolah rendah mahupun menengah. Aku lakukan pun disebabkan gerak hati aku suruh mencari mereka. Tujuan mengeratkan Silaturahim. Bermulalah sapaan aku terhadap mereka-mereka yang aku kenal tapi jawapan yang mengecewakan. Aku tahu masing-masing sudah ada tanggungjawab lain dan masa tidak sama macam dulu kan. Pelik juga dulu sekolah setiap waktu kita ada bersama tapi sekarang dah macam orang asing. Banyak aku yang mulakan dulu. Pelik dan makin pelik.

Kawan baik? Aku nak tahu sangat makna sebenar kawan baik @ bff (best friend forever). Rasanya macam sekadar cakap je kot tapi dalam hati takde pun bende alah ini. Baru berapa tahun berpisah nak dibandingkan bertahun-tahun dekat sekolah bersama. Perhatian seorang kawan macam takde aku rasa yang banyaknya ignore banyak lah aku nampak. Masa takde eh? Aku ade je masa dan tegur korang semua. Pelik aku makin bertambah.
 
Respon sekadarnya soalan yang aku tanya memang membosankan. Aku ini terlampau perhatian kot iaitu sebablah jangan layan sangat minah penyibuk ini. Aku faham semua sudah berubah dulu tak sama macam sekarang.

Hanya berdoa yang mampu aku sampaikan untuk mereka-mereka yang aku rasa penting. Sekian.

Insafi diriku yang terlalu banyak terleka..

 
 





Wednesday, 16 October 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.




Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





syarat-syarat wajib :


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk : Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini













Friday, 11 October 2013

Kelebihan Beristighfar

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua. Okey pagi ini entri aku mengenai Kelebihan Beristighfar kiranya aku bagi tazkirah lah pagi-pagi jumaat ini kan. Dulu masa sekolah, setiap pagi Jumaat lepas perhimpunan pelajar Islam diminta berkumpul di surau  sebab ada bacaan Yassin dengan tazkirah sedikit. Tujuan dia merawat jiwa remaja yang banyak masalah termasuk aku ler tu..huhu Okey balik pada tajuk entri aku, ditulis oleh Mohd Hassan Adli Yahaya (Iman Muda Musim Ke-2) dalam keratan akhbar dan aku cuma sampai untuk korang semua je. hihi

'Amalan mengundang rezeki dan mendapat keampunan Allah SWT'

Berapa hari lalu, saya berkesempatan bertemu seorang rakan dan seperti biasa, pelbagai cerita dibualkan. Namun, dalam banyak-banyak cerita, saya tertarik mendengar pengalamannya yang saya kira sebenarnya mempunyai hikmah mengenai keagungan Allah SWT sebagai pencipta.

Kisahnya biasa saja namun bagi yang dapat menilainya, ia memang luar biasa.

Sebenarnya, teman saya secara tidak sengaja teringat pesanan seorang ustaz yang menyatakan, istighfar dapat mengundang rezeki selain mendapat keampunan Allah SWT ketika menghidupkan enjin kenderaan untuk ke satu destinasi atas urusan kerja.

Jadi, apabila memulakan perjalanan, beliau mengucapkan 'Astaghfirullahalazim' berulang-ulang kali. Ketika berada di satu lebuh raya yang menghampiri sebuah plaza tol, keretanya dipintas sebuah lori kecil yang berebut-rebut memasuki lorong tol terlebih dulu.

Tanpa berfikir apa-apa, beliau mengekori saja lori itu sehinggalah ke lorong plaza tol sama. Selesai membuat pembayaran, lori itu berlalu pergi dan rakan saya menurunkan tingkap untuk membuat bayaran tol.

Sebaik menghulurkan duit, petugas itu berkata: "Tak mengapa cik, orang depan dan bayar untuk cik."

Dalam keadaan terpinga-pinga, rakan saya seperti tersentak. Siapa pula yang begitu murah hati membayarkan tol untuknya? Kebetulan, tiada kenderaan lain di depannya ketika itu melainkan lori berkenaan.

Tidak puas hati dengan penjelasan petugas tol itu, rakan saya 'mengejar' lori berkenaan untuk mendapatkan kepastian apa dikatakan petugas tol dan andaiannya.

Ketika memintas lori itu, rakan saya membunyikan hon dan memandang pemandu lori sambil mengangkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih.

Pemandu lori itu, seorang lelaki muda India, membalas sapaan rakan saya dan mengangkat tangan umpama menyatakan 'sama-sama'.

Ketika itu, meremang bulu roma rakan saya mengenangkan betapa cepat Allah menunjukkan bukti janji Allah itu adalah sesuatu yang pasti. Betapa juga besarnya fadilat kalimah 'istighfar' yang hanya mengambil masa kurang daripada tiga saat setiap kali dilafazkan.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia perkara kecil kerana hanya membabitkan nilai duit yang tidak seberapa. Lainlah jika mendapat 'rezeki terpijak' dalam jumlah besar, baru boleh berasa takjub.

Ada juga yang mungkin beranggapan ia hanya kebetulan dan mungkin juga petugas tol itu tiada wang kecil untuk dikembalikan kepada pemandu lori berkenaan.

Namun bagi saya, ia kisah yang harus dipandang dengan mata hati. Soal kebetualan atau berapa nilai wang itu bukan sesuatu yang signifikan.

Pokok pangkalnya, siapa yang menggerakan hati pemandu lori itu untuk membayarkan tol rakan saya jika bukan Allah SWT.

Ia juga sebagai tanda betapa Allah gembira terhadap hamba yang selalu mengingati-Nya pada setiap saat dan waktu. Maka Allah menghantar satu isyarat mudah kepada hamba yang mengingati-Nya betapa Dia juga mengingati hamba-Nya.

ISTIGHFAR untuk mendapat pengampunan Allah SWT.

Lihat pula sebuah kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang terkenal dengan nama mazhabnya iaitu mazhab Hanbali.

Satu ketika, Iman Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya. Dalam waktu larut malam dan badan berasa sangat letih, Iman Ahmad teringin untuk tidur dalam sebuah masjid.

Namun, niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid melarang Iman Ahmad tidur di situ. Iman Ahmad kemudian bertanya sama ada dia dibenarkan tidur di luar masjid, tetapi penjaga itu melarangnya juga.

Iman Ahmad bertanya lagi, bolehkah dia tidak tidur tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, dan penjaga itu turut melarangnya. Penjaga itu kemudian menolak Iman Ahmad dari masjid itu.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Iman Ahmad dan penjaga masjid lantas mempelawa untuk bermalam di rumahnya. Iman Ahmad menerima pelawaan itu.

Ketika Iman Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar daripada pembuat roti yang sibuk membuat rotinya.

Paginya, Iman Ahmad bertanya pembuat roti mengapa dia beristighfar? Pembuat roti menjawab: "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah, cuma satu perkara lagi belum."

Iman Ahmad bertanya: "Apakah doa kamu yang belum diperkenankan oleh Allah?" Jawab lelaki itu: "Saya berdoa semoga dipertemukan dengan Iman Ahmad bin Hanbal."

Iman Ahmad berkata: "Sayalah orangnya. Akulah Iman Ahmad Bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku diseret untuk menuju kepadamu untuk menyampaikan hajatmu."

Lihat saja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Iman Ahmad. Berkat istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, Allah memakbulkan doa pembuat roti itu.

Nyata kelebihan istighfar sangat besar buat kita. Ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepada-Nya, insya-Allah sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

*p/s Berzikir kepada Allah SWT membuat hati kita sentiasa tenang dan mengingati Allah lebih besar ganjarannya.


Thursday, 10 October 2013

Kurang Keyakinan Diri

Assalamualaikum..

Bermulanya pukul 12.42 pm bersamaan 10 October 2013, aku baru menaip entri baru untuk di update(mengeluh seketika!). Ini pun disebabkan en fizizaidi yang tanya aku tak update blog ke?!(insan prihatin sob2)

'jarang2 awk update entri :) kalau selalu2 kan best..'(jangan marah awak saya copy paste)

Jadi aku cuba buat entri baru lol pada hari ini dan detik ini! Padahal aku kurang idea dan paling penting KURANG KEYAKINAN DIRI (tajuk entri hari ini) itu sebab jarang update. Setiap hari buka BLOG tapi hanya suka baca entri bloger-blogger lain punya je. (nampak tak jawab dia prihatin tersangat dengan blogger lain)

Kurang yakin dengan diri itu sebab suka menyepi dan suka melihat kelebihan orang lain. Pemikiran yang tahap paling rendah dan mesti siapa yang membaca mungkin fikir budak ini ada masalah. huhu (tolong PM saya untuk di kaunselor kan)

Okey2 aku cuba fikir positif  ye! (rileks lu jangan marah)

Aku ini suka layan cerita korea dekat TVONE channel 393 paling excited tengok RUNNING MAN setiap hari Jumaat pukul 11.50 ulangan Ahad malam pukul 11.20 (esok isnin pergi kerja mengadu mengantuk)..Kalau tanya siapa aku suka dalam Running Man jawapannya aku suka semua habis cerita ringkas dan padat kan. So, bila tengok hilang tension sikit pastu gelak sampai berair air mata sampai adik tegur...

'Teruknya hang gelak nanti orang laki dengaq takde sapa nak kat hang'(ada siapa kisah sila angkat tangan)

Bila depan lelaki aku cover lah sikit gelak yelah perempuan ini kan pandai berlakon depan sopan tahap tak ingat dekat belakang kurang sopan banyak sandiwara orang lelaki tak tahu okey.huhu

Dulu nak tengok cerita hantu bukan main takut tapi sejak Oppa So Ji Sub berlakon drama Master's Sun sanggup tengok tak dapat tengok dekat tv pastu youtube jadi sasaran aku. (takut belakang cerita)

Master's Sun (wed-thus 9 pm)

Inilah Oppa So Ji Sub saya kalau ada siapa tak kenal hee
 Hmm, itu je kot aku nak bagi tahu kepada anda di luar sana.

Terima kasih kerana sudi membazir masa membaca entri aku..ada idea aku cuba mengupdate okey.