Wednesday 17 December 2014

December terakhir 2014

Assalamualaikum..

Hai, semua..Kiter nak suggest korang layan dulu drama korea Secret Door, Fashion King & movie korea Architecture 101, Bleak Night ini tau! Pastu boleh jadi geng kiter sama-sama minat actor Lee Je Hoon atau lebih mesra kiter panggil my Lee Je Hoon oppa. hahaha Gedik!

Ade iras2 my Kim Hyun Soon oppa kan! andwee!!
Saje je aku x-large gambar itu sebab nanti gambar Lee Je Hoon menjadi penghias cover entri aku bila aku start publish dengan share bersama dekat fb. hahaha

Dah macam lari topik entri aku ini patutlah SPM dulu BM aku dapat B. Kurang memuaskan!

So, apa perancangan korang untuk tahun depan 2015. Mesti korang tak sabar nak dapat BRIM kan. hihi 
 
Dalam kepala otak aku ini macam-macam aku nak lakukan sempena tahun 2015. Dan aku dapat rasakan aku ini orang pertama beriya bercerita tahun 2015 kan! Padahal baru pertengahan bulan 12 kot. haishh...Excited bebeno minah korea ini.

Hujung tahun ini boleh dikatakan banyak jugak kerja aku then disebabkan terlalu sibuk aku bersama staf-staf office aku bakal bercuti selama seminggu ke Korea Selatan. Heaven!!!

Lokasi seterusnya untuk tahun depan ke Lumut, Perak. InsyaAllah..Setelah sekian lama aku meninggalkan negeri aku dibesarkan. Dan ke Terengganu kiter untuk bertukar mood aku ke sana. Dan juga ke Pulau Tioman destinasi aku seterusnya. Dengar macam best kan..

Disebabkan bulan terakhir 2014, aku menulis entri ini bagi memenuhi entri aku yang ke-12 bagi tahun 2014. Sedey!!!huuhuu Ada 12 bulan setahun jadi aku tulis 12 entri setahun. Adilkan...

Terima kasih sudi baca entri ini!

Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Tahun Baru 1436H kengkawan sekalian. Semoga kita semua dapat hijrah kehidupan yang lebih baik mulia esok ye. InsyaAllah...

1436H
Banyakkan beristighfar mohon keampunan dari Allah di atas dosa-dosa kita tahun ini. Sebaik-baiknya, cuba solat sunat taubat sebelum korang tutup mata sebab takut esok pagi tak boleh buka mata dah. Macam mana?! Tiba-tiba teringat dosa-dosa semalam....Ampuniku, Ya Allah

Jadi sempena tahun baru esok tanamkan azam baru ok. Nawaitu biarlah kerna Allah Taala..Biarlah sempena tahun baru ini lebih banyak berkorban buat ibubapa pulak. Kat situ dah dapat pahala jihad kan. hihi

Lebih cintakan Allah & Rasul daripada dunia! Lebih cintakan akhirat daripada dunia! Dunia adalah ladang akhirat kita di sana!

Seronok-seronok juga akhirat jadi lupa. Dunia ini sementara je kengkawan...Akhirat kekal abadi. Jadi, korang sepatutnya...
(PERINGATAN! ceramah bermula) 
krik krik krik krik

Terima kasih sudi baca entri ini!

Wednesday 6 August 2014

Salam Aidilfitri 1435H / 2014

Assalamualaikum

Sila tengok video bawa ini sebelum korang baca entri aku eh! Khas buat korang tau haha

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

Video ini sebenarnya dari member aku jugak bagi so aku share dekat korang plak.hihi...

Alhamdulillah, berlalunya bulan Ramadhan kini bulan Syawal diraikan. Tapi hati aku masih merindui bulan Ramadhan kerna masih adakah lagi bulan Ramadhan untuk diri aku bagi tahun hadapan. Semoga dipanjangkan umurku agar kita dapat ketemu lagi ye! InsyaAllah...

Ok, korang macam mana sambut raya tahun ini?! Mesti bestkan. Aku paling best sebab raya tahun ini color baju raya aku dengan adik-beradik aku sama.hahaha Selalunya setiap tahun masing-masing ikut kepala sendiri color baju raya. Tapi sekarang...

 
Okey tak picture ini sebab semua senyum nampak gigi kan?!hihi
Diriku agak terselit disitu disebabkan terkepung oleh hero-hero malaya u! haha Untuk gadis-gadis diluar sana macam mana ada yang berkenan DIHATI sila inbox me ok! haha bergurau je...

Semoga Allah panjangkan usia Ibu & Abah..Aamiin
Eh, itu dah kenapa?!
Tahun ini kuih raya aku malas nak buat. Buat 1 jenis je lain beli dekat bazar. Yelah kalau ada pembantu merangkap adik yang boleh menolong akaknya banyak sikit kuih den sempat buat. Sebenarnya ada kemalasan disitu nak buat kuih raya itu beri pelbagai alasan. hahaha

Walaupun dah bekerja aku still dapat Duit Raya tau! Serius! Mabye disebabkan muka aku yang macam kebudakan kot.haha 

'Adik sekolah darjah berapa eak?!' (berlaku di hari raya ke-2 & ke-6)

Jadi tangan aku sudi menerima dengan hati yang terbuka bagi yang sudi memberi ye! hihi Okeylah untuk kesempatan ini, aku memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali aku jika terdapat kesalahan aku yang sengaja atau tak sengaja ok! Kosong-kosong ye! 

Buat yang baru nak mengenali diri aku sekiranya aku tidak melayan segala pertanyaan anda harap dimaafkan. Ada sebab tertentu mengapa aku menyendiri. 2x kosong-kosong!

Ini cerita aku menyambut Hari Raya korang macam mana plak! 
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!(semua senyum klik!)
Terima kasih sudi baca entri ini!

#PrayForMH370
#PrayForGaza
#PrayForSabah
#PrayForMH17
#PrayForEveryone

Friday 7 February 2014

Sudah 24 tahun rupanya Aku

Assalamualaikum...

Perhatian buat blogger tegar sekalian, disini aku ingin memberitahu anda-anda bahawasanya pada 29 Januari 2014 yang lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-24 tahun untuk diriku. yAHOOOO! Sudah meningkat dewasa untuk aku tahun ini. Jadi, kepada sesiapa yang mengenali aku sila hormati aku ye. Sekian...

Kepada mereka yang wish bufday aku ~G A M S A H A B N I D A~, kepada yang memberi hadiah
~T H A N K S~ Kepada VIP(Very Important Person) ibu yang melahirkan aku jasamu tak dapat aku balas sampai bila-bila.

Okey, bufday aku dengan ibu sama bulan bezanya ibu 23 hb awal sikit 6 hari je jadi bufday cake beli sekali lol! Buka sahaja kotak cake apalagi mengedik amek gambar lah sebab kepala hotak fikir kena cerita dekat korang-korang semua. Dengan bangganya

DIPERLIHATKAN!!!
(hidung kembang bak bunga raya depan rumah)
Tedapnye nyum nyum
Kebetulan tarikh bufday, aku sedang bercuti Tahun Baru Cina selama seminggu hangbak mai jadi pergi holiday dirumah abang aku dekat Melaka. Gembira tak terkira. Jadi cerita ini ada kesambungannya, tungguuu..Even, aku tahu takde orang pun nak amek tahu kisah aku. hahaha

Sekian...


*Gedik tahap meluat tayang hadiah lah tuu...

Gamsahabnida, sudi baca entri ini.
photobucket manjakuhappy.com