Friday 30 November 2012

~home SWEET h0me~

entri kali ini aq tulis mengenai rumah..'RUMAHKU SYURGAKU'.wah!indahnya hidup ada rumah sendiri kn2..so, pape pown nak beli rumah mesti ade kerja dulu dan paling penting sudah ade SAVING yang secukupnya...itu semestinya!!!NO MONEY NO TALK...^_^

nape tbe2 jer at blog aq cter pasal rumah eak...sebab utama aq skunk sudah bekerja bahagian PERUMAHAN dan rasenye sudah lari sikit dari bidang time aq study dulu...haha..xpelh aq pun xksah sangat at least aq sudah dapat belajar benda baru dalam hidup aq skunk...hihi

so, entri yang aq nk kongsi mengenai FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI RUMAH (petikan dari HM1klassifieds R15 22 Nov 2012)macam nak buat esei je tajuk dia an.hahaha..ni pun aq copy je. kira aq SHARING IS CARING ape yg aq tahu dan terbaca...

_________________________________________________
Terdapat 2 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah iaitu faktor bukan kewangan dan faktor kewangan.

Faktor Bukan Kewangan

1. Lokasi Tanah
Anda perlu tentukan di mana anda hendak tinggal dan jenis kejiranan anda. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pilihan lokasi anda. Antaranya adalah :
  • kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, sekolah, hospital, taman rekreasi dan kejiranan
  • kemudahan pengangkutan awam
  • jarak dari tempat kerja
  • kesibukan lalu-lintas
  • keselamatan
2. Jenis hartanah - harta bertanah atau harta bertingkat
Harga rumah bertanah biasanya adalah lebih tinggi terutama jika ianya berhampiran dengan kawasan bandar. Manakala harga rumah bertingkat seperti kondominium dan apartmen biasanya lebih mampu dimiliki.Kebiasaannya nilai pasaran rumah bertanah akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah bertingkat.

3. Jenis pegangan hak milik - pegangan bebas atau pegangan pajak
Membeli hartanah pegangan bebas atau dengan hak milik kekal bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya. Hartanah pegangan pajak pula bermakna anda hanya memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding hartanah pegangan pajak. Nilai hartanah pegangan pajak pula biasanya menurun apabila hampir tamat tempoh pajakan.

4. Jenis surat ikatan hak milik - milik individu atau milik strata
Surat ikatan hak milik membuktikan anda pemilik sebuah hartanah. Anda akan diberikan hak milik individu bagi rumah bertanah sementara hak milik strata kepada pemilik kondominium atau apartmen. Anda perlu periksa sama ada terdapat sebarang halangan atau sekatan ke atas hartanah tersebut kerana ianya menjejaskan pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Sebaik-baiknya berbincanglah dengan perunding hartanah, peguam atau dapatkan nasihat daripada pihak yang berpengalaman mengenai pasaran hartanah sebelum anda membayar wang pendahuluan.

5. Reputasi pemaju
Kebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan 'jual dulu bina kemudian'. Jika anda membeli rumah dalam pembinaan, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap dibina. Oleh itu, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka. Selidik projek lampau mereka sama ada mereka menunaikan janji ataupun tidak. Periksa :
  • sama ada projek terdahulu mereka disiapkan mengikut jadual
  • kualiti kerja mereka
  • semua kemudahan disediakan seperti tertera di dalam brosur
  • sama ada pembeli terdahulu berpuas hati dengan pembelian mereka
  • jika projek perumahan itu terbengkalai, anda masih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kepada institusi kewangan walaupun anda tidak mendapat hartanah tersebut.
Atas sebab inilah, pemaju terkenal yang memiliki rekod prestasi yang baik biasanya meletakkan premium ke atas harga jualan projek hartanah mereka.

Faktor Kewangan

Nilai kemampuan anda
Periksa aliran tunai dan nilai harta bersih anda untuk menentukan keselesaan kewangan anda. Kedua penyata ini merupakan kad skor kewangan dan menjadi rujukan ketika membuat keputusan berkaitan wang.

Biasanya terdapat 2 persoalan tentang kemampuan yang perlu dipertimbangkan:

Bayaran pendahuluan dan kos barkaitan
Satu anggaran yang baik untuk bayaran pendahuluan sebuah rumah ialah antara 10% hingga 20% daripada harga rumah. Anda harus juga menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 5% hingga 10% untuk kos sampingan yang berkaitan, terutamanya yuran guaman dan duti setem.

Antara sumber kewangan untuk membayar bayaran pendahuluan dan kos berkaitan termasuk:

Tabungan atau pelaburan peribadi
Gunakan tabungan atau pelaburan anda sebanyak mungkin untuk bayaran pendahuluan. Lebih banyak bayaran pendahuluan bermakna lebih rendah kos keseluruhan pinjaman anda.

Akaun simpanan KWSP
Anda boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk bayaran pendahuluan.

Kelayakan untuk memperoleh pinjaman
Kebanyakan orang akan menggunakan pinjaman perumahan untuk membiayai baki pembelian rumah mereka. Sebelum mengambil pinjaman perumahan, anda perlu mempertimbangkan perkara berikut:

Nisbah hutang kepada pendapatan
Apabila anda ingin membeli rumah, jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman sebaik-baiknya tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan. Jika anda sedang membayar ansuran pinjaman kereta, anda perlu periksa sama ada anda boleh menanggung satu lagi ansuran pinjaman baru. Jika pinjaman kereta, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman lain telah mencapai had 40%, ada baiknya anda menangguhkan keputusan untuk membeli rumah terlebih dahulu.

Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance)
Ini adalah premium insurans sekali bayar yang melindungi pihak yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal yang menyeluruh bagi baki jumlah pinjaman perumahan yang belum dijelaskan.

Nisbah pinjaman kepada nilai (PKN) - margin pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan bergantung kepada nilai pasaran (bagi rumah siap) atau harga belian rumah, mengikut mana lebih rendah. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 90% daripada harga rumah. Walau bagaimanapun, margin pembiayaan mungkin berbeza bergantung kepada jenis lokasi hartanah, kedudukan pinjaman semasa dan kemampuan pembayaran balik peminjam. Perbezaan antara jumlah pinjaman yang diperoleh dan harga pembelian rumah adalah jumlah bayaran tunai yang anda perlu disediakan apabila membeli rumah. Untuk tujuan pelaburan hartanah, ada baiknya anda memastikan nisbah PKN yang lebih rendah. Ini adalah kerana jika harga hartanah menurun dengan ketara, pembiaya mungkin akan memerlukan anda mengurangkan baki pinjaman atau memerlukan cagaran tambahan untuk mengekalkan margin PKN yang ditetapkan oleh institusi kewangan. - AKPK

_________________________________________________

So, itu sahaja perkongsian yang aq boleh kongsikan...just amek dalam paper je. hihi...Annyong ! ^_^


Wednesday 7 November 2012

SUDAH LAMA AKU TINGGALKAN

lama gler kot aq tinggalkan blog aq tanpa entri baru...hurmmm...aq xde cter menarik sgt pown. n0w sudah hujung tahun 2012..gler cepat aq rasa masa berlalu...umo aq pn cepat gler jer meningkat..hahaha bukan ari 2 baru sambut bufday aq kew?!! (nampak sgt aq sudah lama tinggalkan tanpa BERITA TERKINI)huhu xde bnde menariklah nak kongsikan sebenarnya....

sedar2 benda yang menjadi kenangan dalam hidup aq, sudah lama aq tinggalkan dalam ingatan rupanya...(cm mana aq LAKUKAN?!!)betul orang cakap jangan LAYAN SANGAT PERASAAN makin dilayan makin susah hendak buang...busy kan diri ANDA dengan hal-hal yang membuat anda hepy...kompem boleh teruskan hidup...and point paling penting BERDOA dengan Allah c0z DIA lebih tahu yang terbaik untuk kita...kdg2 itu datang juga tapi aq kuatlah aq boleh lakukan...percaya dengan diri sendiri dulu baru boleh tahu boleh kew xboleh...kn2...yeke?!

tarikh hari ini pn aq sendiri xingat ade kenangan yang TERINDAH muncul....(itu pn aq tau ble bufday s0me0ne same ngn date aq)  pelik bin ajaib jgk dulu setiap saat, minit, jam dan tarikh aq xpernah lupa ape yang terjadi mesti aq ingat punya...tapi sekarang semua itu sudah makin jauh dari hidup aq sekarang ini...gud2 ^_^  (satu perubahan yang baik aq rasa)

sudah lama aq tinggalkan bukan bermakna aq xhargai apa yang datang cuma aq xnk diri aq lemah bila datang sesuatu ujian yang lebih besar dalam hidup aq nanti aq sendiri xdapat hadapinya...

'SEDIH BUKAN SEBAB DITINGGALKAN TAPI SEDIH BANYAK KENANGAN TERCIPTA DENGAN DIA'
 
 yeke?!!(betul kot) hihi...dah2 entri ini cam cter sedih bunyi dia..layan perasan sebenarnya...n0w life aq bekerja kerana ALLAH dan IBU ABAH aq...(berjaya jgak aq rase)...sudah dapat membantu walaupun xbanyak aq rasa...xpe2 sikit-sikit lama2 jadi bukit...janji NIAT kena betul...kerja aq makin lama makin mencabar...banyak berhadapan dengan orang sekeliling walaupun perasan segan tinggi menggunung aq rasa (malu200x)...tebalkan muka dengan senyumanku...hahaha tp memang BEST...
 
pasni cuba cari benda yang menarik yang boleh aq coretkan dan ceritakan at blog...caranya dengan cuba menyibukkan diri untuk mencari sesuatu yang INDAH untuk dikongsikan bersama (cewah!! ayat aq) hahaha...sebelum terlambat 'SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM' ye...



 



Monday 30 January 2012

♥ SELAMAT HARI LAHIRKU ♥

"happy birthday to u pulak..ahaxx"(awal sehari bufday mamat ini dengan aku)hik2

"Hapy Besday to akak ina yg tercinta..Semoga pjg umo n murah rezeki..(nah amik kek coklat sebiji aku bgi)kih3"(dari adik aku)

"~~.selamat hari lahir Zalina Abd Rahman..semoga ape yg ina impikan dlm hidup t'capai n sentiasa dibawah lindungan Maha Pencipta Alam..aamiin.. ^_^"(dari abang sulung aku)

"Selamat hari lahir buat kinot yg ke 22....semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki...semoga Allah merahmati kamu,InsyaAllah.."(dari abang kedua aku)

"bufday gegurl rupenye...sanah helwah ya ukhti..semoga allah limpahkan barokah ke atas mu..insyaallah =)"

"Selamat hari lahir..selamat hari menjenguk dunia..seoga mendapat keberkatan umur...Dimurahkan rezeki, dimantapkan amalan..Sanah helwa!!..:D " (dari Iman Muda Fattah)

"wahh besday kwn lma aku...happy besday ina...hope u always happy ok...smile always dont be sad ok... :)(member sekolah 2007 aku)hihi

"Wish you a many many happy returns of the day. May Allah bless you with health, wealth and prosperity in your life
HAPPY BIRTHDAY TO YOU."(member FB aku xkenal pown)huhu


"hb zalina!!~ :)"(member sekolah tidak pernah lupe wish bufday aku setiap tahun)

"sanah helwah ya ukh..."(kenalan sesama islam ke arah lebih baik)hihi

"amboiii dp dye..huhuhu...sanah helwah ya zalina...smoga pnjang umur murah rezeki, sentiasa sihat di samping keluarga dan org yg tersyg, dan berjaya dunia akhirat hendaknya...."(member poly)

"epi bday ye..may ALLAH bless u here n hereafter..^_^"(ngee)

"ina!!! hapy bday... semoge comel sokmo!! saranghae...^^"(hantu korea)

"epy bufdei kakak.. ♥ ^_^"(kembar aku)

beberapa wish dari member FB aku yang aku smpt copy n paste dalam entri aku kali ini. apa-apa hanya Allah yang membalas semuanya(korg memang terbaik lh) ^_^

"Slmt hri jdi my dear...Sm0ga pnjg umr n dmurahkn rzki amin.."(dari best friend aku)hihi

"Slamat hari lahir...smoga pnjang umur n dimurakn rezeki....like your photo pro5..hihi...(mamat ini send msj at hp aku nk mengarot aku lh 2 siap puji pic pro5 FB aku lg)huhu

"tiada hadiah pun cuma ibu boleh kasi kasih sayang dan mendoakan ina dapat kerja"(dari ibuku tersayang)huhu

apa-apa pun T E R I M A  K A S I H semua yang memberi ucapan dan mendoakan sempena hari kelahiran aku. semoga menjadi satu doa yang dimakhbulkan dunia dan akhirat nanti..insyaALLAH.

alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerna aku masih bernyawa dan memberi aku kesihatan yang sihat untuk menjalani segala perintah-Nya sebagai khalifah..buat ibu yang melahirkan aku pada tanggal 29 Jan tiada apa ternilai selain kasih sayang dan pergorbananmu terhadap diriku. tidak lupa pada abah yang banyak berkorban untuk membesarkan anakmu yang suka membantah apabila kemahuanku tidak ditunaikan dan akhirnya aku sendiri yang mengalah sebab aku tahu abah mahu yang terbaik untuk aku..syukur sangat-sangat pada Illahi. aku mahu jadi anak yang solehah yang dapat membahagiakan kedua ibu abah dan adik-beradik aku. membalas jasa mereka selagi aku masih bernyawa. insyaALLAH...

terima kasih semua yang wish aku punya bufday...love u all

Saturday 28 January 2012

♥ Menduakan Cinta-NYA ♥

Bila ujian cinta menjalar, dimana panduannya?

"Salahkah bercinta?"
"Allah yang hadirkan cinta, takkan tak boleh layan?"
"Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?"

Aku sendiri pernah alami perasaan macam ini ingin dicintai dan mencintai. Memang indah aku rasa bila ada seseorang yang sudi mencintai aku sepenuh hatinya. Namun takdir Allah yang telah menentukan semua itu. Aku tetap redha dan menjadi aku seorang yang lebih matang dengan apa terjadi.

So, aku nak kongsikan sikit ilmu yang aku dapat majalah SOLUSI isu no 29 (nombor yang aku paling suka hik2) Jom layan...

Apabila cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran.

Apa itu syirik CINTA?!

Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik ? Syirik itu menduakan Allah SWT. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.

Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-NYA. Allah SWT mendedahkan kepada kita al-Quran melalui firman-NYA yang bermaksud :

"Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintanya sebagaimana mereka mencinta Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-NYA (nercaya mereka menyesal)." (Surah al-baqarah 2: 165)

Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebi dekat kepada Alllah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk dihatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati. (banyak dosa aku selama ini terasa belum cukup taubat aku pada-Nya lagi)

Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merindunya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.

Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila "angau" bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktikiti-aktiviti yang boleh membina diri.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut." (Riwayat Ahmad)

Gentarlah pada firman-Nya ini yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Isra' 17:32)

Setela Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan. Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat.

Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

p/s Nasihat untuk diri ini yang hina lagi naif. Cuba membaiki akhlak ke arah yang lebih baik..renungan bersama ^_^

Saturday 14 January 2012

~ SUTRA KASIH ~

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Wednesday 4 January 2012

TAMAN ISLAM

Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan..

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari?
Apa yang kuperlukan?
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan..

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-MU Tuhan,
Mengharap keredaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman,
Syawqah, Taman Islam. 

puisi dari petikan NOVEL 'TAUTAN HATI'


photobucket manjakuhappy.com