Assalamualaikum...
"Ya Allah, hadirkanlah hatiku yang sentiasa berzikir kepada-MU dikala aku susah mahupun senang"
Setiap waktu, ketika sujud aku berdoa supaya Allah Maha Mendengar tahu isi hati aku selama ini. Iman yang sentiasa turun naik kadang-kadang membuat aku takut hendak menghadap-Nya di akhirat kelak. Bila mendengar kawan aku sudah ada yang telah dijemput menghadap Illahi, tidur aku malam tidak lagi seperti hari-hari lain. Perasaan itu sama ketika Arwah Atok yang sangat aku rindu pergi buat selamanya. Aku mula berfikir suasana mereka di alam kubur yang gelap dan hanya bertemankan kain putih yang membaluti diri. Allahuakbar!
Arwah Atok pergi ketika aku baru seminggu daftar belajar di politeknik dan disebabkan tiada pilih aku tak dapat pulang untuk menatap wajah terakhir arwah atok. Malam itu juga aku bermimpi berjumpa Arwah Atok dan hanya memandang aku sambil tersenyum tanpa bersuara seperti selalu. Dan sejak itu, bila aku rindu menatap wajahnya pasti malam itu Arwah Atok hadir dalam mimpiku.
Dan aku tak sebaik manusia, kadang-kadang datang perangai pelik aku mulalah segalanya berubah. Jadi aku mahu biarlah kali ini, aku dapat berubah kerana Allah SWT bukan kerana manusia. Dan pada 3-4 tahun lepas aku banyak buat dosa pada Allah biarlah kali ini aku berubah kerana Allah. Tak nampak baik dimata manusia tapi sekurang-kurang nampak baik dimata Allah.
Bila dulu susah gila pakai stoking time keluar rumah, tapi sekarang Alhamdulillah aku cuba pakai sebab takut kaki terbakar dan kaki sebahagian aurat juga. Pernah sekali aku beli kasut wages, abah cakap pakai stoking sekali kan cantik (teguran paling halus) dan aku dengan cepat cakap kasut ini mana elok pakai stoking (jawapan bengong aku).huhu Ada sebab juga bila pakai stoking takde lah kaki aku nampak berbelang kena matahari. Baru kena matahari dekat dunia dah berbelang kalau di akhirat?!
Dulu-dulu aku suka post gambar-gambar aku dekat fb, dan sekarang payah nak nampak muka aku dekat fb. Kadang-kadang datang tangan gatal ada juga terpost tapi tak lama aku sendiri delete atau private kan. Abang aku cakap letak gambar doodle lagi elok. Dan aku sendiri faham kenapa cuma nafsu jahat aku ini bukan boleh kawal sesangat.huhu Biarlah gambarku menjadi koleksi aku sendiri daripada koleksi bukan mahram aku. Kalau yang bertutup molek takpe kalau yang terdedah atas bawah semua friends dalam fb dapat tengok nanti malaikat sebelah kiri banyak pulak kerja kan susah kita nak jawab nanti depan Allah. Nak-nak friends fb beribu setiap waktu malaikat kiri catat. Masa hidup boleh lagi nak delete atau private kalau dah pergi menghadap Illahi?!(nak pulak password secret) sapa nak nolong..
InsyaAllah, Allah akan tolong kalau niat kita baik untuk berubah. Sikit-sikit berubah lama-lama nampaklah perubahan yang diri kita nak. Berusaha berubah dan berdoa, InsyaAllah pasti ada ruang untuk kita kan...
Dan sekarang aku cuba praktikkan berzikir pada Allah setiap hari. Banyak ingat Allah hati jadi tenang walaupun ujian sebesar mana datang kita tetap redha dan sabah. Dulu sebelum tidur aku mesti menangis bila teringat kisah lalu dan tapi sekarang sebelum tidur aku cuba tukar dengan berzikir pada Allah sampai tertidur. Biar setiap waktu kita bergantungan pada yang Maha Esa. Antara zikir aku cuba amalkan
Aku bukan insan yang baik sangat sampai boleh nasihat orang lain tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk berubah ke arah lebih baik. Mengharapkan istiqamah pada Allah iaitu lebih utama.
Bila masa aku suka pandang kelebihan orang lain pada masa sama aku cuba pandang kekurangan dirinya. Baru aku tahu tiada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia yang patut kita contohi.
p/s: Amalkan membaca Al-Quran setiap hari sebab akan jadi sahabat/teman kita di alam kubur nanti.

Tweet
No comments:
Post a Comment