Assalamualaikum...
Masuk sahaja bulan December, hujan mula turun tanpa henti sepanjang hari. Aku insan paling gembira kerana malamku akan menjadi malam terindahku disebabkan hujan dan suasana mula bertukar menjadi sejuk diseluruh bilikku dan juga sekitarnya. Tidurku menjadi lena sampai ke subuh. Indah betul suasana musim tengkujuh bagi diriku.
Namun dengan musim tengkujuh akan berlaku banjir tanpa dipinta. Jika hujan ini berterusan tanpa henti mungkin office tempat kerja aku akan dilanda banjir. (menurut ramalan bosku)
Menurut ramalanku, akan terjadi cuti banjir dalam sejarah hidup aku. Dan aku akan lepak dalam bilik sepanjang cuti terjadi. haha
Semua itu hanya ramalan sahaja sebab sekarang ini aku masih bekerja dengan gigihnya.
Buat mangsa banjir di sekitar Mersing terutamanya Kampung Air Merah bersabarlah atas ujian ini kerana akan ada sinar pelangi yang Allah berikan buat hamba-NYA yang bersabar atas setiap ujian yang diberi.
p/s : my baby red kena rehat sepanjang musim tengkujuh No Race No Rempit!hakhak
Tweet
No comments:
Post a Comment