Assalamualaikum
Nasihat ini lebih untuk diri aku sebenarnya jadi aku cuba kongsi dengan anda-anda semua ye! Lagipun aku terbaca(nampak sangat macam terpaksa) dalam Metro je hee...So,aku kongsi dalam entri kali ini disebabkan aku sayang kawan-kawanku sampai ke syurga kerana Allah. Betul kan?! ^_^
Tahu tak siapa Hasan al-Basri?
Menurut pakcik Google, Hasan al-Basri lahir pada tahun 642 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 728 Masihi atau 737 Masihi), nama sebenar beliau Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi -l-Hasan Yasar al-Basri ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim.
Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah(642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkenal dalam peradapan Islam.
Hasan al-Basri meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
Jom kita baca apa nasihat dari Hasan al-Basri :-
- Kamu mempunyai giliran, jika kamu tertinggal, orang lain akan mengambil giliran kamu.
- Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan di antara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan.
- Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya.
- Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian.
- Sesiapa memandang kesan di sebaliknya atau akibat, dia akan terselamat.
- Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat.
- Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya.
- Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran.
- Sesiapa dapat memahami, dia akan alim.
- Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal.
- Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu.
- Jika kamu menyesal, buanglah perkara itu.
- Jika kamu jahil, tanyalah.
- Jika marah, jagalah diri kamu.
- Ketahuilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.
Maaf jika terdapat kesalahan dalam perkongsian ini.
Aza Aza Fighting!!!
Alhamdulillah...kalau kita mahu berjaya, harus ikut nasihat itu kan?
ReplyDeleteyup, semestinya ^_^
ReplyDelete