Wednesday, 17 December 2014

December terakhir 2014

Assalamualaikum..

Hai, semua..Kiter nak suggest korang layan dulu drama korea Secret Door, Fashion King & movie korea Architecture 101, Bleak Night ini tau! Pastu boleh jadi geng kiter sama-sama minat actor Lee Je Hoon atau lebih mesra kiter panggil my Lee Je Hoon oppa. hahaha Gedik!

Ade iras2 my Kim Hyun Soon oppa kan! andwee!!
Saje je aku x-large gambar itu sebab nanti gambar Lee Je Hoon menjadi penghias cover entri aku bila aku start publish dengan share bersama dekat fb. hahaha

Dah macam lari topik entri aku ini patutlah SPM dulu BM aku dapat B. Kurang memuaskan!

So, apa perancangan korang untuk tahun depan 2015. Mesti korang tak sabar nak dapat BRIM kan. hihi 
 
Dalam kepala otak aku ini macam-macam aku nak lakukan sempena tahun 2015. Dan aku dapat rasakan aku ini orang pertama beriya bercerita tahun 2015 kan! Padahal baru pertengahan bulan 12 kot. haishh...Excited bebeno minah korea ini.

Hujung tahun ini boleh dikatakan banyak jugak kerja aku then disebabkan terlalu sibuk aku bersama staf-staf office aku bakal bercuti selama seminggu ke Korea Selatan. Heaven!!!

Lokasi seterusnya untuk tahun depan ke Lumut, Perak. InsyaAllah..Setelah sekian lama aku meninggalkan negeri aku dibesarkan. Dan ke Terengganu kiter untuk bertukar mood aku ke sana. Dan juga ke Pulau Tioman destinasi aku seterusnya. Dengar macam best kan..

Disebabkan bulan terakhir 2014, aku menulis entri ini bagi memenuhi entri aku yang ke-12 bagi tahun 2014. Sedey!!!huuhuu Ada 12 bulan setahun jadi aku tulis 12 entri setahun. Adilkan...

Terima kasih sudi baca entri ini!

No comments:

Post a Comment