Wednesday, 6 August 2014

Salam Aidilfitri 1435H / 2014

Assalamualaikum

Sila tengok video bawa ini sebelum korang baca entri aku eh! Khas buat korang tau haha

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

Video ini sebenarnya dari member aku jugak bagi so aku share dekat korang plak.hihi...

Alhamdulillah, berlalunya bulan Ramadhan kini bulan Syawal diraikan. Tapi hati aku masih merindui bulan Ramadhan kerna masih adakah lagi bulan Ramadhan untuk diri aku bagi tahun hadapan. Semoga dipanjangkan umurku agar kita dapat ketemu lagi ye! InsyaAllah...

Ok, korang macam mana sambut raya tahun ini?! Mesti bestkan. Aku paling best sebab raya tahun ini color baju raya aku dengan adik-beradik aku sama.hahaha Selalunya setiap tahun masing-masing ikut kepala sendiri color baju raya. Tapi sekarang...

 
Okey tak picture ini sebab semua senyum nampak gigi kan?!hihi
Diriku agak terselit disitu disebabkan terkepung oleh hero-hero malaya u! haha Untuk gadis-gadis diluar sana macam mana ada yang berkenan DIHATI sila inbox me ok! haha bergurau je...

Semoga Allah panjangkan usia Ibu & Abah..Aamiin
Eh, itu dah kenapa?!
Tahun ini kuih raya aku malas nak buat. Buat 1 jenis je lain beli dekat bazar. Yelah kalau ada pembantu merangkap adik yang boleh menolong akaknya banyak sikit kuih den sempat buat. Sebenarnya ada kemalasan disitu nak buat kuih raya itu beri pelbagai alasan. hahaha

Walaupun dah bekerja aku still dapat Duit Raya tau! Serius! Mabye disebabkan muka aku yang macam kebudakan kot.haha 

'Adik sekolah darjah berapa eak?!' (berlaku di hari raya ke-2 & ke-6)

Jadi tangan aku sudi menerima dengan hati yang terbuka bagi yang sudi memberi ye! hihi Okeylah untuk kesempatan ini, aku memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali aku jika terdapat kesalahan aku yang sengaja atau tak sengaja ok! Kosong-kosong ye! 

Buat yang baru nak mengenali diri aku sekiranya aku tidak melayan segala pertanyaan anda harap dimaafkan. Ada sebab tertentu mengapa aku menyendiri. 2x kosong-kosong!

Ini cerita aku menyambut Hari Raya korang macam mana plak! 
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!(semua senyum klik!)
Terima kasih sudi baca entri ini!

#PrayForMH370
#PrayForGaza
#PrayForSabah
#PrayForMH17
#PrayForEveryone

No comments:

Post a Comment