Saturday 28 January 2012

♥ Menduakan Cinta-NYA ♥

Bila ujian cinta menjalar, dimana panduannya?

"Salahkah bercinta?"
"Allah yang hadirkan cinta, takkan tak boleh layan?"
"Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?"

Aku sendiri pernah alami perasaan macam ini ingin dicintai dan mencintai. Memang indah aku rasa bila ada seseorang yang sudi mencintai aku sepenuh hatinya. Namun takdir Allah yang telah menentukan semua itu. Aku tetap redha dan menjadi aku seorang yang lebih matang dengan apa terjadi.

So, aku nak kongsikan sikit ilmu yang aku dapat majalah SOLUSI isu no 29 (nombor yang aku paling suka hik2) Jom layan...

Apabila cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran.

Apa itu syirik CINTA?!

Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik ? Syirik itu menduakan Allah SWT. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.

Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-NYA. Allah SWT mendedahkan kepada kita al-Quran melalui firman-NYA yang bermaksud :

"Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintanya sebagaimana mereka mencinta Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-NYA (nercaya mereka menyesal)." (Surah al-baqarah 2: 165)

Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebi dekat kepada Alllah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk dihatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati. (banyak dosa aku selama ini terasa belum cukup taubat aku pada-Nya lagi)

Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merindunya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.

Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila "angau" bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktikiti-aktiviti yang boleh membina diri.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut." (Riwayat Ahmad)

Gentarlah pada firman-Nya ini yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Isra' 17:32)

Setela Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan. Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat.

Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

p/s Nasihat untuk diri ini yang hina lagi naif. Cuba membaiki akhlak ke arah yang lebih baik..renungan bersama ^_^

No comments:

Post a Comment

photobucket manjakuhappy.com