Monday 11 November 2013

Hidup di dunia gambaran kita di akhirat

Assalamualaikum...
 
Korang pernah dengar tak cara hidup di dunia mengambarkan cara hidup kita di akhirat nanti?! Ye aku sendiri pernah dengar jika tak salah aku lah.
 
Bila dengar aku tengok sahaja cermin bilik, aku sudah  tergambar diriku di akhirat jika diri aku masih tidak berubah lebih baik. Sebabnya, aku lihat diri aku masih belum ada persiapan yang terakhir yang perlu aku bawa di akhirat jika di dunia aku masih banyak lalai. 
 
Bila melakukan dosa pada Allah hati masih belum tergerak untuk bertaubat sebab aku fikir esok-esok masih panjang. Pasti ada ruang untuk aku bertaubat bila sudah tiba masanya. Tapi kalau esok nyawa aku di dunia sudah tiada lagi dan malaikat maut datang menjalankan tugasnya dan juga dengan izin-Nya aku pergi buat selamanya bukan tandanya ruang taubatku tidak diterima lagi.

Allahuakbar...

Jika di dunia lagi aku banyak ketawa dengan hal-hal dunia di akhirat sudah tentu aku banyak menangis dan seandainya di dunia lagi aku banyak menangis mengenang dosa-dosa yang lalu di akhirat kelak gembira selamanya.

Pintu taubat masih terbuka buat diriku dan masih belum terlambat untuk melakukan perubahan diri. Terimalah teguran dari mereka yang menyayangi diriku.

p/s buat mereka aku gelar kawan dan sahabat aku mohon maaf seribu kali maaf secara zahir mahupun batin.
 
 

4 comments:

  1. CN pernah dengar, kalau boleh setiap mlm sebelum tdur kita kena minta maaf dgn orang terdekat jika ada berbuat salah..susah nk diamalkan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..nk maafkn semua tp mesti ade 2-3 org xdpt dimaafkn..hti keras..huhu

      Delete

photobucket manjakuhappy.com