Tuesday 23 July 2013

Awek Muda Tuu

Assalamualaikum...

Masalah umur satu hal, masalah wajah pun satu hal..Tak tahu bersyukur langsung ke aku ini sampai tulis entry macam itu.Kali ini entry memuji diri sendiri tahap melambung. haha

Yela ada orang wajah tak sepadan dengan umur contoh umur sudah dewasa tapi orang lain tengok muda macam belasan tahun. Untung-untung orang panggil Awek Muda lah dah tu kalau umur muda lagi tapi tengok sudah tua macam mana pulak..Rugi-rugi orang panggil Awek Tua. Ada ke? Pelik tak?! Kenapa boleh jadi macam tu eh...Terguris hati orang kan kalau orang cakap kita tua.Sebab semua orang nak muda dan takut nak tua.Kan3x..(termasuklah yang menaip ini)

Ok itu semua fitrah kehidupan. Allah sudah cipta sebegitu rupa sepatutnya kita bersyukur sangat-sangat. Kalau tak tahu bersyukur pergi pakai botox.Nauzubillah..(mintak jauh nanti nak mati susah kot)

Dulu aku masa student pernah alami situasi macam itu. Semuanya kelakar kot bagi aku bila aku cerita nanti. Badan aku kecik je family aku semua tinggi dari aku. Kecik-kecik pun cute tau..hihi 

Masa itu kelas Bahasa Inggeris, disebabkan kelas-kelas di jabatan aku penuh terpaksalah guna kelas yang kosong untuk menumpang belajar. Habis sahaja waktu mengajar, tuan punya kelas sudah berderet menunggu dekat luar ramai-ramai. Apa lagi tak kan nak melenggang kangkung kot. Blaa ar apa lagi...huhu Dok menapak keluar tiba-tiba takde salam alih-alih diriku disapa "Eh, awak sem 1 ke amek kos ape eak?" Terpinga-pinga aku sambil mulut ternganga pandang muka minah bajet senior itu. Belum sempat aku cakap, member sebelah minah itu cakap " Sem 1 apenye, ko tengok la nametag dye sem berapa?" Disebabkan sudah lama study dekat politeknik, so nametag pun mesti dah berubah design kan.. Barulah minah bajet senior itu terkejut tahap ternganga macam mula-mula aku tadi.."Eh, sorry2 akak". Rupa-rupanya, minah itu baru sem 2 dan baru naik jadi senior itu sebab nak tunjuk action lah...baru aku paham. Aku senyum jelh walaupun dalam hati terkejut dan sedih disapa ganas oleh minah bajet senior tu..(aku sudah sem 5 tau  tinggal satu sem lagi nak final tau tak) huhu tak respect aku  langsung.Tapi aku bersyukur sebab diorang pandang aku masih muda lagi. hihi

Belum masuk kisah kehidupan harian aku lagi dah panjang berjelar aku cerita..haha  Ok kisah seterusnya, masa ikut ibu pergi kenduri tahlil rumah jiran habis sahaja tahlil sesi berborak sementara tunggu dijemput makan oleh tuan rumah. Makcik sebelah tegur "Adik sekolah DARJAH berapa?! "(tengok aku besarkan perkataan habaq hang) Aku pun cakap lah "Tak sekolah dah makcik, saya dah keje".."Laa, makcik ingat baru sekolah"(tersengeh makcik tu) Mulut makcik pulak boleh tahan cakap tak nak kuat pulak kan...huhu Habis makcik-makcik lain pandang aku.

Ok, latest story balik kerja ada sepasang lelaki dan perempuan kategori abang @ kakak singgah depan rumah untuk buat survey apa ntah aku pun tak tahu..Sampai-sampai je kakak itu tanya "Baru balik kerja ke dik!""(biasalah adat orang melayu tanya benda yang mereka dah tahu kan) peramah orang kata. Dah berborak ringkas, kakak itu tanya " Umur adik berapa ye?! "Sudah 23 tahun dah akak" (padahal bukan kakak aku pun) huhu lagi satu adat orang melayu kena hormat orang lebih tua kan. "Haa, akak ingat baru 17 tahun " ok fine! sudah ramai cakap saya macam itu akak ooi..umur tak sebaya dengan muka aku yang terlebih comey ini. hihi

Entry aku ini tersangat banyak angkat bakul sendiri kan3x walaupun tidak memintak semua itu terjadi ye. Banyak lagi nak aku ceritakan tapi takut belum sempat habis baca sudah muntah hijau satu hal nanti tak pasal-pasal batal puasa baca cerita aku ini yang mengarut ini jadi lebih baik aku stop setakat sini je. haha

Ini satu cerita paling best untuk kawan-kawan aku sekalian . Berkaitan dengan wajah kita ok. Wajib baca!

"Nenek Tak Masuk Syurga"(copy & paste je)

Rasulullah SAW pernah juga berjenaka pada zaman Baginda,sehingga membuat seorang nenek menangis kerana khuatir tidak masuk syurga. Nenek tersebut adalah dari golongan Ansar telah datang kepada Rasulullah SAW dan minta didoakan.

"Wahai Rasulullah! Tolong doakan saya kepada ALLAH, agar saya dimasukkan ke dalam syurga," kata si nenek."Wahai nenek, di syurga nanti tidak ada orang tua seperti nenek,"kata Rasulullah.

Mendengar itu, si nenek terus menangis tersedu-sedu kerana menyangka dirinya tidak akan masuk syurga. Padahal yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah lain."Nenek tidak perlu bersedih hati. Kerana yang saya maksudkan adalah semua orang yang masuk syurga nanti akan kembali ke usia muda semula,termasuklah nenek juga." kata Rasulullah menerangkan. 

Barulah si nenek merasa gembira dan mengelap air matanya yang membasahi pipinya yang sudah tua itu. Rasulullah hanya tersenyum saja.

Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT  kerana Allah mencipta kita sebaik-baik ciptaan. Tak kiralah muda, tua, hitam, putih, pendek, tinggi, gemuk atau kurus kita tetap makhluk Allah kan. Manusia tak reti bersyukur itulah yang suka mengubah ciptaan-NYA macam artis Korea sekarang. (pandai aku bagi ceramah dekat hangpa padahal setiap malam cerita korea itulah aku suka layan) aishhhh...

Sekadar pengkongsian bersama!


No comments:

Post a Comment

photobucket manjakuhappy.com