Saturday, 4 August 2018

DOAKAN UNTUK KAMI

Assalamualaikum...

Fuh! Nasib baiklah aku masih ingat lagi password blog aku ni. Berzaman wey dok ambil peduli cerita dan kisah dalam blog ni. Dulu bukan main setiap saat dan detik ketikanya ada sahaja benda nak aku share dekat sini. Itu dulu zaman remaja tiada sangat masalah hidup. Ayat pasrah kan 😅Jadi setelah memori aku dalam dunia blog sudah kembali, aku mahu kongsi serba sedikit luahan hati yang sudah lama terpendam di dalam lubuk hatiku ini. Ceritanya macam ini....

Nak tahu tak tanda seseorang itu terbaik untuk kita dan masa depan kita, bila mana seseorang itu terima diri kita seadanya. Terutamanya terima segala kekurangan kita. Terima diri kita seadanya walaupun dia tahu kisah silam yang susah untuk kita lupakan. Mukadimah je ini tapi.....

Wah dah pandai nak berkongsi kisah hidup Cik Ina di khalayak ramai kan. 😂

Kongsi sikit-sikit pasal diri sendiri yang banyak kekurangan. Selalu anggap diri serba kekurangan dan tak sesuai untuk orang lain miliki diri ini. Cewah ayat jiwang kan. Dulu memang kaki diari siapa yang bertuah jumpa diari aku pasti muntah hijau kot.😰  

Aku seorang yang banyak pendam perasaan dan masalah sendiri tau. Teman rapat aku amat aku sayangi dan rindui telah pun pergi bertemu Illahi. My abah yang sangat memahami diri aku.. Abah tunggu ina di syurga ye abah. Al-Fatihah  😢

Aku nak kongsi sikit pasal diri si dia yang berjaya membuat hatiku cair bak salji di musim salju. Mengarut kan aku ini. Hampir setahun kami mengenali diri masing-masing dan yup akan mengenali dirinya sebenarnya selepas si dia jadi halal untuk aku. Jangan serah hati 100% pada manusia sebab yang selayakannya kita cintai adalah Allah SWT. Niat kerna Allah pasti jalan ke arah kebaikan itu akan dipermudahkan. InshaAllah, ameen.

Si dia yang sekarang agak special. Terima diri aku seadanya walaupun hati aku tak ada rasa suka dan sayang jauh sekali pada si dia lelaki pujaan hatiku sekarang. Haa kan dah kuar jiwang Cik Ina. Minta sesiapa dah terbaca entri ini mohon bertahan ea. Haha Dulu tengok gambar si dia pun boleh meluat dan cepat-cepat tukar gambar lain. Bukan benci tapi tak suka. Tak ada langsung perasaan suka tapi bila aku terima si dia kerna Allah perasaan tak suka itu bertukar jadi suka dan sayang. Walaupun ambil masa yang agak lama untuk aku suka pada si dia. Awal perkenalan kami, si dia memang ikhlas berkawan dengan aku. Belum apa-apa lagi sudah ajak family si dia datang beraya rumah itew tau. Malu itew masa itu sebab my mama eh 😬 mama si dia scan itew atas bawah tau. Terus itew jadi gadis melayu terakhir tau ayu je gitu.👉👈 Tiba-tiba bahasakan diri itew kan 😂 Ya ampun, tolong lah jangan over sangat 😌

Yang penting aku nak bagitahu ikhlaskan diri untuk si dia. Sebab sesuatu hubungan itu pasti akan diuji untuk melihat sejauh mana keikhlasan kita. Yup diri sendiri akan dapat rasa keikhlasan itu. Tak perlu cakap pun hanya dengan perbuatan kita dapat menilainya sendiri. Ujian untuk aku amat berat aku rasa selama kami saling mengenali. Setiap manusia itu diuji mengikut kemampuan dan hanya sabar dan solat kunci utama seseorang itu untuk bertahan. Selama mana aku di uji, si dia masih dengan aku untuk bagi aku semangat untuk melawan segala ujian hidup ini. Dunia ini ujian dan selayaknya kita hambaNya diujikan.

Dah hanya beberapa bulan sahaja untuk kami disatukan. Mohon doa kalian yang mengenali diri kerdil ini, doakan semoga dipermudahkan urusan kami di dunia dan akhirat. Disatukan di dunia dan kekal bersama di syurga Allah kelak. Hanya doa yang aku harapkan. Dengan doa yang baik-baik itu kembali untuk anda semula. Sekian, terima kasih...

TAMAT

Itu sahaja ke kisahnya.. Haha Biar betul Cik Ina! Ingat dah berzaman tak berblogger banyak cerita nak di kongsikan. Otak dah berkarat kot jenuh jugak aku perah otak nak menaip wey. Banyak kali edit. Huhu 

Terima kasih sudi baca entri itew ea. 👉👈

Much Love,
Cik Ina 💋

Friday, 11 August 2017

Anak Buah Bukan Anak Aku Ye


Assalamualaikum...

Sudah sekian sekian sekian lama kot aku tak update entri dekat aku punya blog. Bersawang kot...huhu Perah otak juga laa aku nak mengarang cerita apa nak post ini. Tahu takde siapa baca pun melainkan aku sendiri baca.

Dalam lama aku tak update entri aku sudah ada 2 orang anak buah. Anak sendiri coming soon tak tahu bulan dan tahun bila. haha

Semenjak aku ada anak buah aku gelarkan aku sebagai Cik Ina. Perginya arwah abah Allah gantikan 2 orang anak buah pengubat rindu kami sekeluarga.

Anak buah pertama lahir 2 bulan selepas arwah abah meninggal itu sayang lebih sikit dekat Putri Aisyah aka Kakak Ecah aka itew bahasakan diri. But adik itew baru 4 bulan disebabkan handsome sayang pun lebih buat Muhammad Al-Fateh. Now itew berumur setahun 6 bulan.

Biar Cik Ina itew belanja gambar itew yang comel tu.

Mana cute lagi?
Ginilah gayanya bila masuk kete..itew tido jelh

Tenung hidung itew seakan sama dengan hidung Cik Ina itew

Dalam dilema antara itew nak tido atau kena jaga adik fateh itew...

Sebenarnya aku rindu dengan anak buah aku ini. Kalau terlalu rindu itu maknanya dah lama tak berjumpa. Adalah nak masuk sebulan... hahaha

Terima kasih sudi baca entri Cik Ina itew.

Wednesday, 6 January 2016

Perginya Abah Tak Kembali...Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Al-Fatihah 
Ameen...
Amin ya Rabbal alamin...Semoga Allah S.W.T merahmati pemergiaan arwah abah serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. InshaAllah...

Abd Rahman Bin A.Jalil
17 Mei 1951-19 Disember 2015 bersamaan 7 Rabiul'Awal 1437
Hari ini genap 19 hari arwah abah kembali ke rahmatullah untuk berjumpa sang Pencipta. Pemergian arwah abah masih aku terasa sehingga hari ini. Hilangnya seorang kawan, sahabat, teman dan juga seorang abah untuk tempat aku meluahkan segalanya. Begitu juga adik-beradikku.

Aku memang rapat dengan abah daripada ibu. Setiap tahun bila aku dapat bonus aku sendiri tak pernah fikirkan aku nak buat apa dengan duit itu. Tapi bila abah sendiri yang tetapkan duit bonus aku pergi ke mana aku pasti turuti. Walaupun duit gaji aku setiap bulan memang aku banyak habiskan untuk ibu dan abah. Kerna aku tahu abah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak-anak abah. 

Perginya abah bertemu Allah telah hilang satu keberkatan dalam hidupku. Abah yang sentiasa mendahulukan aku daripada adik-beradik lain. Abah yang sentiasa mengembirakan hati anak perempuan sepanjang hayatnya. Abah yang pernah cakap siapa tak sayang buah hati abah seorang bila aku sakit. Abah yang selalu membuat keputusan untuk aku bila aku teringin sangat-sangat berjumpa kawan-kawan sekolah.

Abahlah superhero aku kerana abah berjaya membunuh seekor anak lipan sesat di dalam bilikku dengan menggunakan tongkat abah ketika aku menganggu tidur malamnya. Abah yang suka bercerita mengenai kejayaan anak-anaknya kepada kawan-kawan dan saudara mara abah.

Sehinggalah abah jatuh sakit dan menyukarkan abah menguruskan diri sendiri. Namun, abah tetap sujud pada yang Esa dan berzikir menyebut nama-Nya bagi melawan kesakitan yang hanya Allah sahaja tahu.

Kini, satu-satunya abah yang aku sayang ada di dunia ini pergi buat selamanya.

Permintaan arwah abah yang mahu meninggal dunia di samping isteri dan jua anak-anak abah telah Allah makbulkan. Aku ingat lagi kata-kata abah yang selama ini aku anggap sebagai gurauan sudah jadi kenyataan.

'Abah kalau boleh nak mati biar isteri dan anak-anak abah ada dekat sisi abah'.

'Abah kalau boleh nak anak-anak abah yang mandikan, kapankan dan solatkan jenazah abah bila abah tiada nanti'.

'Abah nak mati dekat rumah tak nak mati dekat hospital'. Walaupun hospital seperti rumah kedua abah yang sentiasa ulang alik seminggu sekali sejak 2 tahun penyakit hati tiada penyembuhnya. 

Dan, alhamdulillah semua permintaan abah sudah Allah tunaikan. Aku dan adik-beradik aku yang uruskan  semua. Abah pasti bangga sekarang kan bah!

Bila aku rapat dengan abah, abah pasti menceritakan sesuatu yang dahulu aku anggap gurauan tapi kini bila abah tiada aku menganggapkan suatu pesanan yang sangat-sangat penting. Kalau kita jaga ibuabah kerna Allah pasti akan datang ikhlas dalam hati. Perasaan letih, penat dan kadang-kadang datang perasaan marah pasti akan hilang dengan sendirinya.

Itu yang aku rasa sepanjang aku jaga arwah abah hingga akhir hayatnya. Allah nak bagi syurga bukan senang kan. Aku suka dengar ceramah Ustaz Ebit Lew sebab dia banyak bagi motivasi untuk kita sentiasa berkasih sayang terutamanya kepada ibuabah kita.

Abang aku pesan kalau sayangkan abah, rindukan abah banyakkan sedekah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas 3x, surah Yassin dan bacakan Al-Quran niatkan untuk arwah abah. Abah sekarang tiada amalan dah boleh buat melainkan anak-anak yang sentiasa doakan untuk abah. InsyaAllah...

'Kalau nak jumpa abah jangan tinggal solat. Nanti dapat abah jumpa isteri dan anak-anak abah dekat sana'. Syurga Allah yang kekal abadi.
photobucket manjakuhappy.com